Loading...
Menurut Ismail, dengan penamatan tempoh konsesi jajaran itu, bayaran tol di semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan di antara 1 hingga 50 peratus (atau di antara RM0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelas kenderaan.
"Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
LLM menasihatkan pengguna agar mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App.
"Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi," katanya lagi. - Astro Awani
Loading...
0 Response to "(TERDIAM DEDAK) Mulai 12.01 malam ni Tol dihapuskan di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway"
Posting Komentar