Loading...

Penjimatan ini mestilah disalurkan kembali ke sektor yang memberi manfaat kepada rakyat seperti Pendidikan dan Kesihatan.

Kejutan manis buat polis selepas dituduh makan coklat Najib

Anggota polis di beberapa balai polis di seluruh negara hari ini menerima kejutan manis daripada sekumpulan rakyat Malaysia yang menyertai kempen atas talian #Chocs4cops yang dimulakan oleh peguam Siti Kasim.
Mereka yang menyertai kempen itu mengambil gambar coklat yang mereka beli beserta pesanan dan penghargaan atas jasa polis dan berkongsi di Facebook rasmi kempen berkenaan.
Kempen berkenaan dijangka diadakan selama sejam daripada pukul 4 petang hingga 5 petang hari ini dan Siti sendiri pada mulanya merancang untuk menyerahkan coklat di balai polis Hartamas, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Siti berkata, anggota polis di balai polis berkenaan tidak dibenarkan menerima coklat atau apa-apa hadiah daripada orang awam.
"Tak apa. Kami kemudian pergi ke balai bomba sebelah dan beri coklat itu kepada anggota bomba," katanya.
Siti melancarkan kempen #Chocforcops awal minggu ini sebagai respons kepada aduan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa polis yang menyerbu kediamannya dalam operasi siasatan berhubung 1MDB mengambil coklat di dalam peti sejuknya.
Kempen berkenaan yang diuar-uarkan di Facebook menggesa orang awam memberikan coklat kepada pegawai polis atas kerja keras mereka dan sempena Ramadan.
"Sempena bulan Ramadan, marilah kita semua memberi coklat kepada anggota polis yang bekerja keras memastikan keselamatan negara kita.
"Sila serahkan coklat kepada balai polis berhampiran pada hari sama yang dinyatakan. Kemudian kongsikan gambar atau video di Facebook," kata keterangan Facebook kempen berkenaan.
Berdasarkan komen daripada peserta kempen itu, kebanyakan balai polis di sekitar Kuala Lumpur enggan menerima hadiah berkenaan.
Bernama melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi menghadiahkan coklat sebagai tanda penghargaan kepada polis hari ini.
“Bagaimanapun polis Kuala Lumpur tidak dapat menerimanya kerana ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu (yang mesti dipatuhi),” katanya.
Bagaimanapun, peserta lain di kawasan lain yang dapat dilihat pada gambar dan video Facebook kempen itu dilihat berjaya menyerahkan hadiah coklat anggota polis yang bertugas petang ini.
Malaysiakini.
Loading...
Related Posts :
RUU 355 BERJALAN TERUS RUU 355 akan dibahas hujung bulan ini Nurul Khaleeda Rashikin 7 Mac 2017 KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Termerloh, N… Read More...
AIYYAH,, ORANG BAIK BUAT KERJA RASUAH ? Mahkamah tolak permohonan Guan Eng, Li Koon 7 Mac 2017 Lim Guan Eng GEORGETOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng… Read More...
Laporan siasatan PBB: Dakwaan M'sia cabuli hak asasi manusia, jenayah perang di Yaman.… Read More...
PBB BANTU PBB bantu bawa keluar dua petugas rakyat Malaysia 7 Mac 2017 KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa Be… Read More...
Bupati Bandung Mengupayakan Kesejahteraan Guru HonorerBupati Bandung Mengupayakan Kesejahteraan Guru Honorer BERITAHANGAT5 - Bupati Bandung, Dadang M Naser mengaku terus berusaha agar kes… Read More...
0 Response to "[Video #Chocs4cops Kejutan Manis Buat Polis Selepas Dituduh Makan Coklat Di Rumah Najib] BR1M akan ditukar nama dan dibayar sebelum Aidilfitri."
Posting Komentar