Loading...

Ku Li Mengaku Kalah Dengan Khairy Jamaluddin?

Loading...
Ku Li Mengaku Kalah Dengan Khairy Jamaluddin? Meskipun berkecimpung dalam dunia politik sejak lebih enam dekad lalu, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui beliau mungkin kalah berdebat dengan pencabarnya, Khairy Jamaluddin dalam 'Debat Presiden Umno' yang dijadual berlangsung malam ini.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini, calon presiden Umno itu mengakui Khairy mempunyai kelebihan tersendiri dan merupakan seorang pendebat yang baik.

Ku Li Mengaku Kalah Dengan Khairy Jamaluddin?  "Dia boleh menang, saya seorang novice (masih baru dalam debat)," kata anggota parlimen Gua Musang itu ketika ditemui di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam.

Debat antara Tengku Razaleigh yang kini berusia 81 tahun dan bekas ketua Pemuda Umno yang berusia 42 tahun itu akan disiarkan secara langsung di Astro Awani malam ini.

Sementara seorang lagi calon presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dijangka menyertai debat tersebut dari di Bagan Datuk.

Selain mengemukakan pandangan untuk memperbaiki dan memulihkan Umno, calon-calon presiden juga akan menjawab soalan daripada hadirin dan anggota parti.

Ditanya sama ada beliau bercadang mengemukakan sebarang isu dalam debat itu, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata, ia bergantung kepada soalan-soalan yang dibangkitkan dalam debat itu nanti.

Ku Li Mengaku Kalah Dengan Khairy Jamaluddin? 


"Saya tidak tahu, kita akan tengok apa soalan yang dibangkitkan," katanya.

Khairy sendiri datang jumpa

Sementara itu, mengulas apakah beliau terkejut dengan langkah Khairy menawarkan diri sebagai calon presiden, beliau berkata semua orang berasa terkejut.

"Kita semua terkejut kerana dia datang ke sini sebelum raya hari itu minta saya tawar diri (sebagai presiden) dan saya sendiri tidak ada niat untuk bertanding," katanya.

Menurut Ku Li, pada pertemuan itu juga beliau berpesan kepada Khairy supaya pemimpin muda diberikan kepercayaan mengemudi parti berusia 71 tahun itu kerana golongan tersebut lebih bertenaga.

"Kita tawar dia, saya cakap kamu yang mudalah bertanding sebab kita nak orang muda dan kita bercakap depan orang ramai, malah bukan saya seorang yang bercakap ramai lagi yang cakap (Khairy tanding presiden)

"Tapi saya tak kata dia paling ideal kerana tidak ada yang sempurna di dunia ini. Cuma dia sebagai orang muda dan dia bekas ketua pemuda Umno itu saja. Saya juga tidak cadangkan nama dia, saya cuma kata orang muda patut ambil alih tempat ini kerana lebih bertenaga," katanya.

Ku Li Mengaku Kalah Dengan Khairy Jamaluddin? 


Bagaimanapun kata Ku Li, Khairy memberikan alasan tidak mampu mengemudi parti keramat Melayu itu dan oleh sebab itu mencadangkan namanya.

Kalau mandi biar basah

Namun, kata Ku Li selepas Khairy memuktamadkan keputusan untuk turut bertanding bagi jawatan presiden ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi beliau mengundurkan diri.

"Saya tak ada niat buruk pada dia, itu hak dia (tanding jawatan presiden). Dia rasa dia nak lawan dia lawanlah, itu hak dia nak tawar diri. Kalau ada 10 orang lagi nak bertanding pun (tidak apalah).

"Saya ini buat pengumuman atas nasihat kawan-kawan yang minta saya bertanding dan bila saya dah putuskan okey, saya umum tawar diri saya akan bertanding.

"Bila saya dan umum bertanding tak akanlah selepas dia buat pengumuman dia (Khairy) pun nak tanding saya nak kena tarik diri. Bak kata orang Melayu lama kalau mandi biar basah, tapi kalau saya ini tak basah lagilah," katanya sambil ketawa.

Menurut Ku Li, sokongan dan kesetian tetap akan diberikan kepada siapa saja yang menjadi presiden Umno meskipun beliau tewas pada pertandingan itu.

Ku Li Mengaku Kalah Dengan Khairy Jamaluddin? "Saya ahli Umno, siapa jadi presiden saya sebagai anggota Umno akan sokong dan kalau saya tewas, saya akan bersaralah," katanya yang sekali lagi turut ketawa. - malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ku Li Mengaku Kalah Dengan Khairy Jamaluddin?"

Posting Komentar