Loading...
KETUA Altivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama Pengerusi Nurani Resources Sdn Bhd, Datuk Ali Hasan (kanan) menunjukkan contoh gula pada sidang media mengenai Approved Permid AP diberikan kepada syarikat yang tidak berniaga barangan tertentu di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli
Sebuah syarikat pengimport gula berpangkalan di Puchong, Selangor mendakwa harga produk itu dapat ditawarkan kepada pengguna pada harga serendah RM1.90 sekilogram berbanding RM2.95 sekilogram sekarang jika kerajaan meliberalisasikan urusan pengimportan.
Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd, Datuk Ali Hasan, berkata ia dapat dilakukan sekiranya liberalisasi Permit Import (AP) dilaksanakan kerajaan sekali gus mengelak monopoli pihak tertentu sehingga mempengaruhi harga gula.
Menurutnya, ketika ini syarikatnya tidak mempunyai AP walaupun layak dan terpaksa menyewa daripada orang lain bagi mengimport gula sehingga terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos.
"Kita mampu menawarkan harga gula RM1.90 sekilogram kerana syarikat saya mengimport dari Thailand pada harga RM1.50 sekilogram dan dibungkus semula sebelum dijual di negara ini.
"Harga ditetapkan kerajaan RM2.95 sekilogram, jadi pengguna jimat RM1," katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Koordinator Majlis Jualan Jimat Harapan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar.
Bagaimanapun, Ali berkata, syarikatnya kini terpaksa membayar RM1 juta bagi AP untuk mengimport 20,000 tan metrik gula setahun dan tidak dapat menjual gula pada harga rendah.
"Ini bermakna, kita kena bayar AP ini kepada orang yang tidak berniaga, dia dapat untung jutaan ringgit sebulan percuma, kerana sekeping surat (AP).
"Jadi saya minta AP yang digunakan sekarang diberi kepada kami dan kos AP bagi setiap gula yang diimport itu dapat dipulangkan kepada pengguna. Ini yang kita akan buat," katanya.
Sementara itu, Nadzim mendesak kerajaan mengkaji semula pengeluaran AP secara telus hanya kepada syarikat pengimport gula bukan kepada individu yang menjual AP dan mengaut keuntungan 'atas angin'.
Katanya, beliau yakin jika isu itu dapat diselesaikan, harga gula dapat diturunkan.
"Kita bertegas tidak mahu AP gula ini diberi kepada mereka yang tidak berniaga sehingga harga di pasaran naik.
Kalau nak bagi sedikit atas pertimbangan politik itu kita tidak campur, tapi jika sampai pengguna terpaksa bayar harga tinggi, tidak patutlah," katanya tetapi tidak mendedahkan individu atau syarikat yang memiliki AP.
Loading...
0 Response to "Senang je Nak Turunkan Harga Barang, Ni nak ajar Kerajaan PH"
Posting Komentar