Loading...

USTAZ PAS TAK SEMESTINYA TIDAK MEMFITNAH

Loading...
Alhamdulillah,  Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu petang ini memutuskan saya berjaya dalam saman malu ke atas Ustaz Che Masri Yusuf.

Ada tiga lagi kes saman malu yg melibatkan saya di Mahkamah Tinggi KB.

Saya turut menyaman Ketua Eksekutif Pkink, Dato Wan Zawawi Wan Ismail, atas fitnah saya menerima dana dari tauke judi dan DAP.

Saya pula telah disaman oleh Air Kelantan Sdn  Bhd (AKSB) dan Kompleks  Perkayuan Kelantan (KPK).

Keduanya telah saya masukkan pembelaan.

Bagi AKSB, antara pembelaan saya adalah satu surat dari Penasihat Undang-undang Kelantan kpd AKSB menyatakan perlantikan sebuah syarikat yg belum berdaftar adalah salah dari segi undang-undang.

Bagi KPK pula, saya antara lain bergantung kpd Laporan Audit Dalam SUK sebagai pembelaan.

Saya berharap, melalui dokumen-dokumen rasmi dan proses perbicaraan nanti, akan terbukti kedua-dua syarikat ini mempunyai isu tertentu yg perlu diketahui oleh rakyat Kelantan.

Jika dari dokumen-dokumen Mahkamah itu didapati ada unsur perlakuan jenayah, seperti kecuaian bertindak selepas disedari adanya salah laku, boleh lah mana-mana pihak membuat laporan pada mana-mana pihak berkuasa.

Husam Musa
Naib Presiden,
Parti AMANAH Negara,
12 Syawwal 1439/26 Jun 2018
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "USTAZ PAS TAK SEMESTINYA TIDAK MEMFITNAH"

Posting Komentar