Loading...

Benarkah Ajaran Ayah Pin "Tuhan Segala Agama" TIDAK SESAT di sisi PH??

Loading...
Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan.
Arifin Mohamad 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat. Asal-usul Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Saksikan video Ayah Pin di bawah, di pertengahan video tersebut terdapat aksi-aksi yang menarik.



Ramai yang keliru dengan Kenyataan Menteri Agama Pakatan Harapan, Mujahid kerana Ayah Pin juga menjaga semua agama iaitu Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan lain-lain. Saksikan video di bawah.




Kenyataan Menteri Agama Pakatan Harapan di atas telah disanggah oleh Mufti Wilayah Persekutuan

*Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan*

Setelah menekuni perbahasan berkenaan Maqasid Syari’ah dan dharuriyyah Hifz al-Din dari segi makna dan kehendaknya, maka kami berpendapat bahawa Hifz al-Din adalah bermaksud memelihara dan menjaga agama Islam.

Kami bersetuju dengan pandangan Dr. Jasser Auda, pakar rujuk Maqasid Syari’ah kontemporari yang berpandangan, kebebasan beragama tidak termasuk di bawah hifz al-din, tapi termasuk di bawah cakupan ayat ‘لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ dan dibahaskan dibawah siyasah syar’iyyah, tanpa menafikan terdapatnya ijtihad ulama’ kontemporari yang meletakkan kebebasan beragama di bawah hifz al-din.[6]

Konsep kebebasan beragama tsabit dalam Islam melalui pelbagai ayat al-Qur’an, hadith dan sejarah Islam, sepertimana yang telah diputuskan oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan pemimpin umat Islam apabila mereka melakukan perjanjian dengan penduduk negeri yang telah dibuka seperti perjanjian Saidina Umar dengan penduduk Iliya’. Begitu juga perjanjian Khalid al-Walid dengan penduduk Anat yang telah disebut oleh Abu Yusuf dalam kitabnya al-Kharaj. (Lihat al-Kharaj, hlm. 146)
Tiada berlaku dalam mana-mana tempoh zaman pemerintahan Islam yang memaksa golongan non-Muslim untuk meninggalkan agamanya atau menegah mereka daripada melaksanakan urusan syiar agamanya selagi tidak mengganggu dan memberi ancaman terhadap umat Islam.
Ini menepati apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW berkenaan penduduk Najran. Antara ucapan Baginda SAW ialah:
...عَلَى أَنْ لاَ تُهْدَمَ لَهُمْ بَيْعَةٌ ، وَلاَ يُخْرَجَ لَهُمْ قَسٌّ ، وَلاَ يُفْتَنُوا عَنْ دِينِهِمْ مَا لَمْ يُحْدِثُوا حَدَثًا...
Maksudnya: ..agar tidak diroboh biara mereka, tidak dikeluarkan atau dihalau pendeta dan paderi mereka serta tidak difitnahkan mereka atas agama mereka selama mana mereka tidak melakukan sesuatu yang menggugat keamanan…
Riwayat Abu Daud (3041)
Satu kaedah yang masyhur yang terdapat dalam kaedah umum pada hak golongan bukan Islam yang wajib dihormati dan dipelihara:
لهم ما لنا، وعليهم ما علينا
Dr Muhammad Syahat al-Jundi, Profesor Syariah Islamiah dan anggota Majma' Buhuth al-Azhar berkata: "Semua hak orang bukan Islam sama seperti hak orang Islam. Makanya fuqaha' Islam telah menyebut hak ini dalam kaedah ini iaitu: Bagi mereka sebagaimana yang kita dapat daripada hak dan kebebasan dan ke atas mereka dari kewajipan sebagaimana ke atas kita.”
Kebebasan beragama yang diangkat oleh Islam juga tidaklah bermakna Islam memelihara agama syirik dan kufur, namun kebebasan tersebut adalah bagi memelihara kesatuan masyarakat berbilang agama dan bangsa, sebagaimana yang amat ditekankan oleh konsep fiqh at-ta’ayush as-silmiy.

Kebebasan beragama dan menghormati hak penganut agama lain pula tidaklah bermakna memberikan layanan sama rata kepada setiap agama. Keadilan bererti memberikan hak kepada yang berhak dan pada kadar yang tepat. Kata Syeikh ‘Abdul Qadir ‘Audah, jika persamaan semuanya di antara yang bersamaan maka ia adalah keadilan. Sebaliknya, jika persamaan semuanya di antara yang berkhilaf dalam akidah maka ia adalah kezaliman yang melampau. (Lihat al-Tasyri’ al-Jina’i fi al-Islam, 1/332)

Berdasarkan perbahasan para ulama’ juga, kami berpandangan pemeliharaan kebebasan beragama boleh dianggap secara tidak langsung sebagai wasilah untuk mencapai maqasid memelihara kesucian, keagungan dan kehormatan agama Islam. Agama Islam dipandang mulia apabila ia meraikan kebebasan beragama, dan suasana kebebasan beragama yang harmonis juga akan memberi persepsi yang positif dalam kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam.
Wallahua’lam.
Akhukum fillah,
*SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri*
*Mufti Wilayah Persekutuan*
*13 Zulkaedah 1439H bersamaa 26 Julai 2018*
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Benarkah Ajaran Ayah Pin "Tuhan Segala Agama" TIDAK SESAT di sisi PH??"

Posting Komentar