Loading...
UMUM sudah mengetahui bahawa betapa pentingnya air kepada tubuh manusia. Tanpa air, manusia hanya boleh hidup dalam masa cukup singkat iaitu tiga hari. Ramai mengatakan minum lapan gelas air sehari adalah ideal bagi memastikan badan kekal sihat dan cergas. Namun, pakar motivasi dan kecergasan, Kevin Zahri berpandangan, keperluan air bagi setiap individu adalah bergantung kepada pelbagai faktor. Walaubagaimanapun, asasnya badan kita perlu terima air yang cukup untuk memastikan badan kekal sihat dan cergas.
Oleh kerana saya mempunyai masalah mulut cepat kering selepas melakukan pembedahan beberapa bulan yang lepas, ia juga memaksa saya untuk sentiasa bersedia dengan botol yang mengandungi air masak yang bersih untuk mengekalkan kelembapan walaupun kemana saja saya pergi.
Walaupun saya selalu sibuk dengan kerjaya saya yang memaksa saya untuk travel ke sana-sini, ia bukan menjadi alasan untuk saya tidak membawanya bersama-sama, malah botol air sudah menjadi sebahagian dari teman baik saya ketika travel. Pemilihan botol yang sesuai dan bagus sangat membantu dalam mengekalkan hidrasi tubuh badan saya semasa travel.
Untuk pengetahuan korang, saya sendiri mempunyai beberapa biji botol air dari pelbagai saiz. Antaranya botol plastik jenis Flip (550ml) dan Wego (800ml) dari jenama BROS®. Setiap darinya ada kelebihan dan rekabentuk tersendiri. Walaubagaimanapun, kedua-dua botol ini mempunyai sifat yang sama iaitu boleh menerima air diantara suhu -10°C hingga 95°C.
Flip (550ml)
Percutian dengan menaiki pesawat tidak menghalang saya untuk membawa botol air walaupun ramai yang tahu bahawa botol yang berisi air tidak akan lepas semasa pemeriksaan imigresen. Tapi ianya tidak bermaksud botol air yang kosong. Kemudahan waterfilter banyak tersedia di balai berlepas dan korang boleh mengisi air sebelum menaiki pesawat.
Kundasang, Sabah - Flip (550ml)
Botol dari jenis Flip (550ml) ini cukup bagus untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Sangat ergonomik dan praktikal untuk digunakan. Ianya mempunyai straw dan mudah untuk dikendalikan walaupun ketika berada diatas kenderaan yang sedang bergerak.
Botol jenis Wego (800ml) ini kebiasaanya saya bawa untuk travel di dalam negara sahaja atau dalam bahasa mudah, perjalanan yang tidak melibatkan pesawat. Bentuknya lebih panjang dan besar sedikit dari botol jenis Flip (550ml) yang saya ada. Botol Wego (800ml) ini tidak mempunyai straw dan hanya mempunyai penutup kecil di bahagian atasnya.
Batam, Indonesia - Wego (800ml)
Oleh kerana cuaca di Batam sangat panas, saya telah bawa botol Wego (800ml) ini kerana ianya boleh diisi dengan air dalam kuantiti yang banyak berbanding botol Flip (550ml). Jadi, dengan botol besar tak perlulah kerap sangat untuk isi air kan?
Bagi saya, penggunaan botol air ni sangat bagus. Selain dapat mengelakkan pembuangan sampah dari pembelian air mineral (botol plastik) kita juga dapat menjimatkan kos makanan kita semasa travel. Kenapa kita harus beli kalau kita boleh dapat percuma di hotel atau penginapan yang kita stay. Selain itu, kos untuk pembelian air di waterfilter biasa lebih murah dari kos pembelian sebotol air mineral atau air minuman di kedai runcit.
MENGENAI BROS®
BROS® merupakan jenama botol air yang sudah berada dipasaran Malaysia sejak tahun 2004 lagi. Botol air BROS® terkenal kerana keupayaan isian semula, selamat, mudah dibersihkan, anti bocor, boleh dikitar semula, mesra alam, kualiti unggul dan rekabentuk kreatif serta sesuai di gunakan oleh semua peringkat umur daripada yang warga emas hingga ke kanak-kanak dan bayi.
Selain 100% Bebas Bisphenol-A (BPA), kedua-dua bahan mentah dan unit sebenar juga mematuhi U.S. Food and Drug Administration (FDA) untuk digunakan bersama makanan dan minuman. Di samping itu, ia juga dapat menahan haba sehingga 95 Celcius.
BROS® di datangkan dengan pelbagai produk botol air seperti Tumblers, Thermal, Glass dan Plastik, Containers dan Aksessori. Bagi botol air yang diperbuat daripada plastik, BROS® menawarkan 6 siri dengan design yang menarik iaitu Crystal, Capa, Flip, Wego, Luna dan Yoga.
Botol air BROS® ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, dari 350ml ke 2000ml. Manakala harganya pula diantara RM27.90 ke RM56.90, bergantung pada saiznya.
TAWARAN DISKAUN 20%
TAWARAN DISKAUN 20%
Untuk pembaca setia blog www.mawardiyunus.com ni, korang boleh menikmati 20% diskaun bila korang membeli secara online di BROS® eStore di www.bros.com.my daripada sekarang hingga ke 26 Ogos 2018. Cuma korang masukkan diskaun kod ‘YUNUS20’ bila nak checkout nanti ek.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk BROS® ni, korang boleh layari :
Laman Web : www.bros.com.my
General Inquries, email to : INFO@BROS.COM.MY
Customer Service Support, email to : SUPPORT@BROS.COM.MY
Phone : 1700 81 5568
Facebook Page :
Instagram :
#myfavouriteBROS #BROSMalaysia #stayhydrated #kekalhidrasi #BotolAir #AirMineral #
Loading...
0 Response to "BOTOL AIR BROS® SEBAGAI TEMAN SETIA TRAVEL SAYA"
Posting Komentar