Loading...

PAS Tiada Hala Tuju Di PRK Sungai Kandis

Loading...
PAS Tiada Hala Tuju Di PRK Sungai Kandis. PAS menasihatkan ahli yang akan memilih pada pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis agar mengundi demi kepentingan Islam, Melayu dan masa depan negara.

Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata ahli juga diminta membuat pertimbangan itu dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

PAS Tiada Hala Tuju Di PRK Sungai Kandis. “Ahli-ahli PAS di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam/Melayu serta masa depan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Sikap PAS terhadap kerajaan baru PH adalah kekal sebagaimana sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.”

PAS tidak meletakkan calon pada PRK Sungai Kandis, membuka laluan kepada pertandingan 3 penjuru antara PH, Barisan Nasional dan seorang calon bebas.

Calon PKR, Zawawi Mughni, seorang pengetua sekolah tahfiz, akan mempertahankan kerusi PKR itu daripada calon Umno, Datuk Lokman Noor Adam, dan Murthy Krishnasamy.

PAS Tiada Hala Tuju Di PRK Sungai Kandis


Pengundi Melayu membentuk majoriti di DUN Sungai Kandis, dan PKR mempertahankan kerusi itu sejak 3 penggal lepas.

Takiyuddin hari ini berkata PAS tidak meletakkan calon kerana ia sedang mengkaji hasil dapatan jawatankuasa bedah siasat PRU14 khususnya bagi Selangor.

“Keputusan ini turut terpakai dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong. Oleh itu, PAS tidak menurunkan jenteranya dalam PRK Sungai Kandis, namun seluruh jentera PAS akan terus bergerak sebagaimana biasa dalam mengukuhkan parti pasca PRU14 bagi membuat persiapan menghadapi PRU15,” katanya.

Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM membentuk kerajaan di Selangor dengan 51 kerusi DUN berbanding BN (4) dan PAS/Gagasan Sejahtera (1).

Takiyuddin berkata amalan demokrasi yang baik memerlukan semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan.

PAS Tiada Hala Tuju Di PRK Sungai Kandis. “Dengan kata lain, peranan pembangkang adalah amat penting,” katanya. - malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Tiada Hala Tuju Di PRK Sungai Kandis"

Posting Komentar