Loading...
Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan. Wan Saiful Wan Jan mendedahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak tahu cara melaksanakan pelan menangguhkan bayaran pinjaman pendidikan yang dijanjikan Pakatan Harapan tanpa data gaji peminjam.
Oleh itu pengerusi PTPTN ini meminta 1.3 juta peminjam mengemaskini data pendapatan masing-masing dangan badan itu.
“Selagi kita tak ada data itu kita tak tahu macam mana cara nak laksana penangguhan bayaran itu,” tambahnya.
PH dalam manifesto pilihan raya 9 Mei lepas berjanji menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN sehingga peminjam berkenaan mendapat gaji bulanan RM4,000 ke atas.
Wan Saiful berkata peminjam mempunyai masa sehingga 25 Julai ini untuk mengemaskini maklumat masing-masing.
Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan
“Jangan letak RM2,000 tapi gaji sebenar RM12,000 sebab nanti bila kita buat audit kita akan minta hantar maklumat,” katanya.
Sementara itu, Wan Saiful memberitahu orang ramai Pakatan Harapan masih mempunyai masa untuk menunaikan janji berkenaan pembayaran semula pinjaman PTPTN.
Beliau berkata, PH masih ada 30 hari lagi sebelum genap 100 hari pemerintahan PH pada 17 Ogos ini.
Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan. Wan Saiful dilantik pengerusi berkuatkuasa 18 Jun lepas. - free malaysia today
Loading...
0 Response to "Patutlah Manifesto Pakatan Harapan Terlewat Dilaksanakan"
Posting Komentar