Loading...
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau diminta hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.
Anggota Parlimen Bagan Datuk itu berkata ada beberapa isu yang perlu dijelaskan kepada agensi antirasuah berkenaan.
Antaranya, kata bekas timbalan perdana menteri tersebut, mengenai sebuah yayasan milik keluarga yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti amal.
"Yayasan tersebut adalah untuk aktiviti (seperti) pembinaan masjid, maahad tahfiz, rumah anak yatim dan beberapa aktiviti kebajikan lain seperti sedekah dan lain-lain.
"Wang dalam yayasan keluarga saya adalah sumbangan saya sendiri dan beberapa kawan yang hendak melakukan amal jariah," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.
Ia adalah sidang media pertama Ahmad Zahid sebagai presiden Umno. Turut hadir Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan serta dua daripada tiba naib presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid
Loading...
0 Response to "Zahid sahkan ke SPRM esok"
Posting Komentar