Loading...
KUALA LUMPUR: : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia sebentar tadi.
Allahyarham dilaporkan menghidap kanser usus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Menurut laporan Bernama, anak Allahyarham memaklumkan ayahnya meninggal dunia pada pukul 6.28 petang.
Allahyarham dilaporkan menghidap kanser usus sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Menurut laporan Bernama, anak Allahyarham memaklumkan ayahnya meninggal dunia pada pukul 6.28 petang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, 56, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 6.28 petang tadi.
Setiausaha Kanan Shaharuddin, Zafrullah Aris dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi memberitahu, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Pinggiran Putra selepas solat Maghrib.
"Urusan pengebumian akan dilakukan esok.
Semoga Almarhum ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh,"katanya.
Sebelum ini Shaharuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan dilaporkan tidak sihat dan sedang bercuti sakit selama sebulan. - K! ONLINE
Loading...
0 Response to "Dr Shaharuddin, ADUN Seri Setia Meninggal Dunia - BERNAMA"
Posting Komentar