Loading...

KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam

Loading...
PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa hari ini menyenaraikan perubahan yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.

Menerusi satu kenyataan, Ali menyenaraikan 7 langkah yang dilaksanakan iaitu penamatan kontrak duta khas dan penasihat perdana menteri terdahulu yang merupakan lantikan politik dan pembubaran 6 agensi kerajaan bagi mengurangkan kos pentadbiran.
Selain itu, Ali berkata kerajaan PH juga membuat pengurangan agensi di bawah selian Jabatan Perdana Menteri (JPM) daripada 96 kepada 48 dan pelantikan ketua setiausaha di 11 kementerian.

“PH juga menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) bagi menangani isu integriti dalam kalangan penjawat awam dan pelaksanaan ujian bahasa Inggeris ke atas pegawai kanan kerajaan dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

“Malah, turut memperkenalkan myPortfolio (Fail Meja, Manual Prosedur Kerja dan Carta Alir) bagi memantapkan tahap kecekapan tugas harian di dalam jabatan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ali berkata isu seperti perlakuan khianat dalam kalangan penjawat awam serta kebocoran dokumen peringkat kerajaan turut ditangani melalui tindakan tatatertib dan undang-undang bagi memastikan kelancaran pentadbiran.

“Langkah-langkah perubahan ini adalah satu proses yang berterusan. Perkhidmatan awam akan terus memainkan peranan utama sebagai pelaksana bagi memudahkan pentadbiran kerajaan semasa.

“Piagam perkhidmatan awam dan seluruh warganya hanyalah untuk memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat selain menjadi tulang belakang kepada kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat melalui proses demokratik.”

Sumber: Free Malaysia Today
loading...
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KSN senarai perubahan selepas 100 hari PH tadbir dalam perkhidmatan awam"

Posting Komentar