Loading...
Lim Guan Eng Dedah Rahsia Rosmah Di Dewan Rakyat. Tiada sebarang pengikraran import dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkaitan penghantaran 44 barang kemas yang dikaitkan dengan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Melalui semakan ke atas rekod yang ada di bawah sistem maklumat kastam bagi tempoh tujuh tahun selaras dengan tempoh penyimpanan rekod, didapati tiada pengikraran import dibuat ke atas barangan tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
“Sekiranya siasatan polis tidak dapat mengaitkan konsainan tersebut dengan apa-apa kesalahan, pihak kastam boleh mengaitkan isu ini di bawah Akta Kastam 1967 kerana ia merupakan satu kesalahan dan mengundang pelbagai tindakan termasuk rampasan,” katanya.
Pada 10 Julai lalu, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah bagi menuntut beliau memulangkan kembali barangan kemas tersebut yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta(RM59.831 juta).
Lim Guan Eng Dedah Rahsia Rosmah Di Dewan Rakyat
Bagaimanapun Rosmah dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Julai lalu menafikan beliau membeli barangan kemas tersebut.
Barang kemas tersebut adalah antara wang, barang kemas, beg tangan mewah, jam mewah dan cermin mata hitam mewah, bernilai anggaran RM1.1 bilion, yang dirampas dari premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bulan lepas. -bernama
Loading...
0 Response to "Lim Guan Eng Dedah Rahsia Rosmah Di Dewan Rakyat"
Posting Komentar