Loading...

Najib Bersuara Lagi

Loading...
Najib Bersuara Lagi. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan agar Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua ditugaskan dalam usaha menghapuskan semua tol jalan raya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka.

Cadangan itu disuarakan Najib susulan kenyataan Menteri Kerja Raya, Baru Bian di dalam Parlimen semalam yang menyatakan adalah sangat sukar untuk menghapuskan semua tol seperti yang dijanjikan kerana kos untuk berbuat demikian ialah sebanyak RM400 bilion.

Najib Bersuara Lagi. Najib berkata, Tony merupakan individu yang sesuai memandangkan Setiausaha Publisiti DAP itu sebelum ini pernah membuat pengiraan berhubung perkara itu, dengan kiraan lebih rendah berbanding yang dibuat kerajaan di bawah pentadbirannya.

Katanya, selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan pada Oktober 2008, beliau telah menukar status Akta Rahsia Rasmi (OSA) supaya tidak lagi termaktub di bawah akta berkenaan dan akibatnya, semua perjanjian konsesi-konsesi tol jalan raya boleh disemak oleh orang ramai.

"Tidak lama selepas itu, kerajaan saya telah mengumumkan bahawa untuk menghapuskan kesemua konsesi tol jalan raya di negara ini, memerlukan kos  RM231 bilion.

"Tetapi, pada masa itu, Tony Pua menuduh kita sebagai penipu. Menurutnya, berdasarkan perkiraan dibuatnya, ia hanya melibatkan kos RM25 bilion sahaja, dan bukan RM231 bilion sebagaimana yang kita dedahkan," katanya menerusi entri terbaharu dalam Facebook miliknya hari ini.

Najib Bersuara Lagi


Dalam pada itu, Najib dalam nada sinis yakin Tony dan DAP bukanlah penipu, malah pengiraan mereka lebih murah adalah tepat serta bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat.

"Sekarang, saya juga pengguna jalan raya yang membayar tol. Oleh itu, saya juga turut gembira jika semua tol dihapuskan sebagaimana janji manifesto PH.

"Apatah lagi, syarikat konsesi-konsesi tol berkenaan bukan kroni mahupun rakan-rakan saya tetapi mereka adalah dari era seorang perdana menteri sebelum saya," katanya.

Menurutnya, ketika menjadi perdana menteri, beliau berterusan berusaha untuk menghapuskan banyak plaza tol di seluruh negara, malah pada tempoh itu, tidak ada satu tol lebuh raya yang dimiliki syarikat kerajaan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Plus Highways Berhad menaikkan kadar tol walaupun sekali.

"Tetapi, harus diketahui bahawa kerajaan saya juga menghadapi kesukaran ketika itu untuk tidak membenarkan tol dimiliki pihak swasta dari menaikkan kadar tol kerana terikat dengan perjanjian konsesi yang dirunding dan dimeterai semasa Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ke-4," katanya.

Semalam, Baru Bian berkata, Kerajaan PH akan membuat keputusan berkaitan isu menghapuskan kutipan tol apabila keadaan ekonomi negara kembali stabil.

Najib Bersuara Lagi. Beliau berkata, tindakan menghapuskan tol akan menyebabkan kerajaan perlu membayar pampasan dianggarkan bernilai RM400 bilion kepada syarikat-syarikat konsesi tol. - sinar





Iklan
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Bersuara Lagi"

Posting Komentar