Loading...
KUALA LUMPUR, 18 Zulhijjah 1439H, Khamis – Timbalan Perdana Menteri hari ini menegaskan, adalah haram sebagai seorang muslim untuk menyokong golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) dan apa yang mereka perjuangkan.
“Yang paling penting, bagi kami, sebagai seorang muslim, ia adalah haram. Saya tidak membenarkannya,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika sesi temu bual pagi tadi bersama stesen radio BFM, beliau bagaimanapun, tidak menyentuh mengenai pesta gay terbesar di ibu negara yang dikatakan diadakan mulai hari ini sehingga Sabtu ini.
Dalam temu bual itu, beliau diminta menjelaskan kenyataannya baru-baru ini, yang menyebut bahawa golongan LGBT mempunyai hak untuk berada di Malaysia asalkan gaya hidup mereka tidak diamalkan secara terbuka.
Dr Wan Azizah turut menasihati golongan minoriti itu tidak menghebahkan kehidupan peribadi mereka selain memahami Islam adalah agama Persekutuan di Malaysia.
Beliau juga diminta memberi komen mengenai kemungkinan kerajaan baru mengkaji undang-undang terhadap golongan itu.
“Ia mungkin akan dipertimbangkan, tetapi yang penting sebagai negara Islam, undang-undang itu mestilah berdasarkan Quran dan Sunnah. Pada masa ini, kita belum membincangkannya,” katanya.
Menurut laman sesawang thegaypassport, parti terbesar itu bakal menghimpunkan komuniti gay di seluruh dunia, antaranya dari Thailand, Taiwan, China, Jepun, Sepanyol dan Filipina.
Program anjuran DivineBliss itu mendapat liputan besar-besaran media antarabangsa seperti portal Element (Asia leading LGBT media network) dan The Gay Passport.
Loading...
0 Response to "TPM: LGBT Haram, Elok TPM ambil alih Menteri Agama, Mujahid Tak Layak"
Posting Komentar