Loading...

[Video Dr M rakam kehebatan 'drone'] '100 hari BN tergolek' Sibuk hal DAP mintak tanah, Yang Najib beri tanah pada komunis di Forest City 999 tahun tu MACAM MANA? Tepuk!

Loading...
Ahad, 19 Ogos 2018

Related image
Najib tanpa segan silu telah berbohong lagi kepada rakyat Malaysia tentang status pegangan hartanah di Forest City.
Foto Otai BERSIH.
Sibuk hal DAP mintak tanah. Yang Najib beri tanah pada komunis tanah besar China tu macam mana..??

Ni Forest City... 999 tahun..
Tepuk...

#100hariBNtergolek

Mahathir saksi demonstrasi dron di Beijing


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan hari ketiga lawatan rasmi ke China dengan menyaksikan demonstrasi penggunaan dron di Beijing.
Demonstrasi di luar bangunan itu dilakukan oleh salah sebuah pengeluar dron terbesar di dunia Da Jiang Innovations (DJI) Enterprise.
Syarikat itu menyediakan penyelesaian menggunakan dron bagi pelbagai industri termasuk pertanian, tenaga, media, pembinaan, infrastruktur dan keselamatan awam.
Perdana menteri diberi taklimat oleh presiden syarikat itu Roger Luo ketika demonstrasi dijalankan.
Dr Mahathir yang diringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menyaksikan keupayaan siri MG-1P dengan mod kawalan pelbagai pesawat yang dilengkapi dengan sistem penyemburan yang dipertingkatkan bagi kegunaan sektor pertanian.
Antara keupayaannnya termasuk kawalan penghantaran video sejauh 3km.
Satu lagi demonstrasi ialah Matrice 200 yang boleh melakukan pengawasan dan penggumpulan data dari udara.
Menerusi platform dron, operasi perniagaan dapat dikembangkan menerusi data udara.
Dr Mahathir yang sedang melakukan lawatan rasmi lima hari kemudian meninjau dengan lebih dekat dron yang dipamerkan di premis syarikat itu.
Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Dr M rakam kehebatan 'drone'] '100 hari BN tergolek' Sibuk hal DAP mintak tanah, Yang Najib beri tanah pada komunis di Forest City 999 tahun tu MACAM MANA? Tepuk!"

Posting Komentar