Loading...
NAJIB PATUT BERTERIMA KASIH BN KALAH PILIHANRAYA.....
Bagaimanakah ketua sebuah agensi perisikan kerajaan boleh terlibat dalam skandal wang pilihanraya berjumlah AS$12 juta atau kira-kira RM50 juta?
Lebih buruk, bagaimanakah wang tersebut yang sepatutnya digunakan untuk pilihanraya, tetapi lebih separuh daripadanya ditemui masih tidak digunakan, malah seolah-olah disembunyikan di sebuah kondo?
Bayangkan apa terjadi dan betapa meriahnya kehidupan mereka yang terbabit sekarang ini jika dalam PRU14 lalu BN masih lagi mampu mengekalkan kuasanya?
Hidup-hidup Najib Razak dan kerajaan diperbodohkan begitu saja!!
Jika tidak kerana Pakatan Harapan yang memenangi pilihanraya, pastinya Najib sendiri tidak tahu atau tidak sedar dana pilihanraya yang sepatutnya dibelanjakan rupa-rupanya telah disorokkan.
Adakah mereka tidak membelanjakannya kerana sudah menjangka BN akan kalah dan hilang kuasa?
Apa pun, dengan terdedahnya skandal melibatkan ketua agensi perisikan negara ini, Najib sekurang-kurangnya patut berterima kasih kerana BN dapat dikalahkan dan akhirnya Pakatan Harapan mentadbir negara.
Jika tidak, sampai sekarang skandal ini akan terus tersembunyi rapi dan seolah-olah mereka telah bekerja dengan cemerlangnya.
Cisss....(ShahbudinHusin 30/08/2018).
Loading...
0 Response to "[Video Jangan sokong parti 'TAK TAHU'- LGE: Bayar sehari RM1 juta, 2640 tahun baru habis BAYAR HUTANG NEGARA...Cisss!] Najib patut berterima kasih UmnoBN kalah PRU14."
Posting Komentar