Loading...
UMNO-PAS bakal bergabung secara rasmi...
UMNO Dan PAS Bakal Bergabung Secara Rasmi? Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan menzahirkan ucapan terima kasih kepada PAS atas persefahaman, khususnya apabila parti itu tidak meletakkan calon dalam persaingan BN menghadapi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil kali ini, lapor media tempatan.
"Saya selaku timbalan presiden Umno dan pengarah jentera PRK BN di Sungai Kandis secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana telah memberikan suatu persefahaman dengan tidak meletakkan calon parti itu di Sungai Kandis.
"Bukan setakat tidak meletakkan calon, para pemimpin PAS sudah turun padang dan berkempen kepada pengikut-pengikut parti itu supaya tidak menyokong HARAPAN dalam PRK ini," kata Mohamad Hassan dipetik wawancara Utusan Malaysia hari ini.
Beliau juga berharap titik persamaan dua parti itu dalam PRK Sungai Kandis akan dapat disambung untuk menjalin kerjasama.
"Jadi, saya amat berharap supaya titik persamaan yang diterjemahkan semasa PRK Sungai Kandis dapat disambung dan diperkasakan untuk jalinan kerjasama antara dua parti Melayu terbesar di negara ini," katanya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu secara rasminya menyeru penyokongnya keluar mengundi pada pilihan raya kecil Sungai Kandis 4 Ogos ini, tetapi menegaskan parti itu tidak akan menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan itu katanya pemimpin PAS yang menghadiri program di kawasan Sungai Kandis tidak bercanggah dengan pendirian parti.
Terdahulu, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dipetik berkata tiada arahan daripada parti itu kepada ahli dan penyokongnya yang akan mengundi pada pilihan raya kecil Sabtu ini. - UMeloya
Tumpang sekole
KENYATAAN MEDIA
Sebaran Audio Palsu
Saya telah dimaklumkan tentang beberapa klip audio yang telah disebarkan, kononnya mengandungi suara DS Anwar Ibrahim.
Setelah meneliti klip-klip audio tersebut, saya mendapati terdapat beberapa elemen seperti bunyi sebutan perkataan yang berbeza dari cara sebutan biasa DS Anwar Ibrahim. Oleh itu, klip-klip audio itu adalah palsu dan berniat memecahbelahkan serta menanam rasa syak wasangka di kalangan ahli KEADILAN.
Semakin hampir kita dengan pemilihan parti, semakin banyak bahan-bahan palsu yang akan disebar luaskan.
Saya menggesa orang ramai terutamanya anggota KEADILAN untuk tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah dan sebaran bahan palsu seperti ini.
KEADILAN akan terus memantau sebaran maklumat, dan saya memohon media untuk berhubung dengan Komunikasi KEADILAN untuk pengesahan sebarang maklumat berkaitan pimpinan atau perjalanan pemilihan KEADILAN.
Fahmi Fadzil Pengarah Komunikasi KEADILAN, 2 Ogos 2018
Tumpang sekole.
Loading...
0 Response to "[Video "Saya Cakap 'BODOH' Marah Tak?" Ahli Parlimen Bertelagah Lagi] UMNO-PAS bakal bergabung secara rasmi? KENYATAAN MEDIA Sebaran Audio Palsu"
Posting Komentar