Loading...

[Video Sita Equanimity ikut prosedur undang-undang] Laporan: PM mahu naikkan harga air ke Singapura 10 kali ganda.

Loading...
Selasa, 14 Ogos 2018

Laporan: PM mahu naikkan harga air ke Singapura 10 kali ganda

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyatakan hasratnya untuk menyemak semula harga air yang dijual kepada Singapura, menyifatkan harga itu tidak lagi mencerminkan keadaan semasa.
Dalam wawancara bersama Associated Press (AP) semalam, beliau berkata mahu menaikkan harga itu sebanyak lebih sepuluh kali ganda.
Mengikut perjanjian semasa, Malaysia membekalkan Singapura dengan 250 juta gelen air mentah setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen. Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripada bekalan itu pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen.
Beliau membandingkan harga itu dengan kadar yang diberikan kepada Melaka iaitu RM0.50 sen setiap 1,000 gelen.
"Untuk sebuah negara luar, kita perlu dapat lebih daripada itu (harga kepada Melaka)," katanya seperti dipetik.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci dalam wawancara itu atas sebab rundingan yang masih berjalan.
Isu Perjanjian Air 1962 - yang akan berakhir pada 2061 - sentiasa menjadi punca pertikaian antara dua negara.
Mahathir pertama kali menyuarakan soal itu selepas kembali menjadi perdana menteri pada 25 Jun lalu, menyifatkan harga semasa itu sebagai "tidak masuk akal".
Susulan itu, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata kerajaan negeri mahu menaikkan harga jualan air mentah itu sekurang-kurangnya pada kadar sama dengan harga kepada Melaka.
Singapura bagaimanapun bertegas menyatakan perjanjian itu perlu dihormati dan tidak berminat untuk menyemaknya.
Mk.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Sita Equanimity ikut prosedur undang-undang] Laporan: PM mahu naikkan harga air ke Singapura 10 kali ganda."

Posting Komentar