Loading...
Akhirnya Mereka Bersatu. Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengotai janjinya dengan mengetuai delegasi pemimpin tertinggi Umno ke muktamar PAS di Kuala Terengganu.
Zahid yang juga ketua pembangkang, disambut oleh ketua penerangan PAS, Nasrudin Hassan dan kemudiannya oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan ketua ulama Mahfodz Mohamed.
Akhirnya Mereka Bersatu. Antara pemimpin Umno yang menemani Zahid ialah Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa.
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan dan Naib Presiden Datuk SeriMohamed Khaled Nordin, tidak ikut sama ialah .
Ketika Zahid masuk ke Stadium Kuala Terengganu kira-kira jam 8.40 pagi, perwakilan bersalaman dengannya.
Zahid diiringi ke pentas untuk duduk bersama pemimpin tertinggi PAS. Presiden Abdul Hadi Awang tiba kira-kira 15 minit kemudian.
Akhirnya Mereka Bersatu
Selepas bersalaman, Zahid kelihatan memegang tangan Hadi ketika mereka berteguran. Pemimpin Umno lain mengambil tempat duduk mereka di barisan hadapan perwakilan PAS.
Pada hari Khamis, Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi juga menghadiri perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS.
Zahid mula-mula menerima undangan ke muktamar ketika berkempen untuk PAS dalam pilihan raya kecil Seri Setia.
Akhirnya Mereka Bersatu. Selepas menerima jemputan, Zahid berjanji untuk membawa kepimpinan tertinggi Umno, termasuk timbalannya, ke muktamar PAS tahunan itu. - malaysiakini
Iklan
Loading...
0 Response to "Akhirnya Mereka Bersatu"
Posting Komentar