Loading...

ANUAR JANGAN MASUK CAMPUR PERKARA MANIFESTO .....

Loading...

LAAAA, MENGAPA ANUAR SEBUK MASALAH MANIFESTO ? SEPATUTMYA, DIA BUKA DIDALAM BARISAN PARA MENTERI, 

SEPATUTNYA ANUAR KOMEN LA APA KATA PIEM TENTANG MANIFESTO, YANG MANA IANYA DIBUAT BERDASARKAN RAMALAN P.H KALAH.

ERTINYA MANIFESTO TIPU RAKYAT, SILALAH BACA KENYATAAN PIEM BAIK-BAIK, JANGAN DOK JAMPOK SEBAB DAH NAMPAK  BAYANG-BAYANG NAK JADI PIEM.

APAKAH NUAR TAK TAHU MANIFESTO P.H ADALAH TIPU RAKYAT ? LEPAS TU MOHON MA'AF PULAK APA HALNYAAAAA !

-Pak Karamu-

Anwar mohon maaf kerana manifesto PH

AddThis Sharing Buttons

Anwar mohon maaf kerana manifesto PH
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sesi Dialog Bersama Anak Muda selepas pelancaran buku 'A People's History of Malaysia' hasil tulisan Dr Syed Husin Ali hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana beberapa manifesto PH terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi negara kembali kukuh.

Menurutnya, PH tidak menyangka ekonomi negara dalam keadaan sangat teruk sehingga hutang mencecah RM 1 trilion semasa membuat manifesto berkenaan.

Tambah beliau, mereka juga terkejut apabila mendapat tahu skandal wang melibatkan 1MDB mencecah puluhan bilion ringgit sedangkan mereka menjangka ia hanya berjumlah RM3 bilion.

“Sekarang bila kita lihat, kenyataannya berbeza. Oleh demikian, saya minta maaf kerana ada manifesto yang kita boleh lakukan dan ada yang kita kena tangguhkan.

“Keadaan ekonomi kita taknizin. Masalah sekarang besar, Tun Dr Mahathir kata beri masa,” katanya dalam program dialog bersama anak muda, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar sekali lagi menegaskan beliau memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus mentadbir negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan salah seorang peserta bertanyakan wawasan beliau sekiranya dilantik menjadi perdana menteri kelak.

“Sekarang Tun Dr Mahathir baru jadi Perdana Menteri selama empat bulan, bagi peluang dia perintah dengan baik, kita sokong dia.

“Ruang sekarang adalah untuk beri sokongan padu, saya nak kerajaan PH kuat, dihormati dan boleh laksanakan perubahan.

“Sekarang giliran Tun Dr Mahathir, kita sokong. Saya beri dia sokongan 100 peratus,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Perdana Menteri ini berkata, dasar kerajaan PH tidak akan meminggirkan mana-mana daerah dalam negara walaupun ia dalam negeri pembangkang.

Malah, beliau juga berjanji akan menghapuskan undang-undang ‘draconian’ atau undang-undang zalim dan menindas rakyat.

“Dari segi perlembagaan, tanggungjawab kerajaan adalah untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik dan agama.

“Bagi Sosma, saya alami derita (dipenjarakan), menyedarkan dan menginsafkan saya supaya dapat rasai derita orang lain.

“Sebab itu bila saya lihat Sosma, saya tak setuju bentuk undang-undang yang ada sekarang,” tegasnya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ANUAR JANGAN MASUK CAMPUR PERKARA MANIFESTO ....."

Posting Komentar