Loading...
SEMUA RAKYAT MALAYSIA PERLU MEMAHAMI PERLEMBAGAAN NEGARA !
-Pak Karamu-
Peguam Negara segera beri penjelasan status Anwar
Nazir Hussin Akhtar Hussin
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tommy Thomas digesa untuk memberi penjelasan sama ada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak atau tidak bertanding pada PRK Port Dickson, 13 Oktober ini.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penjelasan itu perlu dilakukan segera atau paling lewat sebelum penamaan calon.
Menurutnya, tiada apa-apa di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa sabitan keatas apa-apa hukuman adalah diketepikan oleh kerana pengampunan.
"Sekiranya pengampunan diberikan, tiada apa-apa yang menyatakan bahawa sabitan adalah diketepikan dan persoalan kini, adakah seseorang itu boleh bertanding mana-mana kerusi Parlimen atau Dun sebelum cukup tempoh lima tahun selepas pengampunan diberikan?
"Apakah ini percaturan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan langkah Port Dickson tidak menjadi kenyataan sekaligus memadamkan cita-cita besar Anwar untuk menjadi Perdana Menteri?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar diampunkan dan bebas serta merta]
Nazir berkata, percaturan itu dianggap licik untuk menamatkan riwayat politik Anwar.
Katanya, pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, Azhar Azizan @ Harun yang juga seorang pengamal undang-undang secara terburu buru juga mencetuskan pelbagai spekulasi kerana tidak melalui proses akuan oleh Parlimen sebagaimana terkandung dalam manifesto PH.
"Ini barangkali merupakan satu konspirasi baharu dalam politik negara yang dicatur dengan licik oleh Dr Mahathir untuk menghalang kemaraan Anwar yang kini tidak sabar-sabar hendak kembali ke Dewan Rakyat.
"Apa yang berlaku hari ini seolah-olah 'dejavu' 1998 apabila Anwar ketika itu dilaung-laungkan sebagai bakal Perdana Menteri oleh Dr Mahathir tetapi akhirnya dipecat dari Kabinet atas tuduhan liwat," katanya.
Loading...
0 Response to "LAAAA !!! ANUAR TIDAK LAYAK BERTANDING ?"
Posting Komentar