Loading...

MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG

Loading...

Jantung Sihat

MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG | Apabila kita memperkatakan betapa pentingnya jantung yang sihat. Perkara pertama yang terlintas dalam kotak fikiran ialah mencegah sakit jantung. Hakikatnya, kesihatan jantung bukan setakat tertumpu kepada usaha mencegah penyakit. Terdapat pelbagai manfaat yang dibawakan oleh jantung yang sihat, dan semua ini diperolehi apabila anda memulakan perjalanan untuk menjaga kesihatan jantung. Empat penceramah di Bengkal Jantung Sihat, yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 September membincangkan beberapa cara anda boleh menjaga kesihatan jantung dengan memastikan anda Makan Dengan Bijak, Bersenam Dengan Bijak, dan Tidur Dengan Bijak.

BENGKEL JANTUNG SIHAT

Tiga langkah yang berkesan dan mudah ini menjadi tumpuan Bengkel Jantung Sihat, yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 Septernber 2018. Para peserta telah diperkenalkan cara-cara untuk Makan, Bersenam dan Tidur dengan Bijak untuk rnenjaga jantung mereka dengan cara terbaik, selain menerangkan manfaat produk berkhasiat seperti Anlene Heart Plus.

Jantung Sihat
"Dengan trend membimbangkan hampir satu daripada empat pesakit serangan jantung berusia di bawah 50 tahun, memang tiada masa yang tertalu awal untuk mula melindungi jantung dan mengekalkan kecergasan anda supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya kehidupan," kata Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia.
Beliau menambah, "Anlene menyokong cara hidup sihat dengan menekankan daya pergerakan, fungsi sendi dan otot tulang, dan betapa pentingnya amalan hidup aktif untuk menjaga kesihatan badan termasuk jantung yang sihat." 
Pakar Kardiologi

Antara pakar yang berkongsi ilmu mereka di acara ini terrnasuk Pn. Megawati Suzari dan Datuk Dr. Sanjiv Joshi, Pakar Runding Kardiologi di Hospital Pantai Kuala Lurnpur; En. Muhammad Izzat Sallehan, Ahli Fisioterapi Kanan di Pantai Integrated Rehab Services Sdn. Bhd; Cik. liew Yen Lee, Pakar Pemakanan Kanan di Fonterra Brands Malaysia; dan Dr Kong Min Han, Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Kuala lurnpur.

LEMBARAN FAKTA

Berikut merupakan beberapa fakta penting yang perlu diketahui rakyat Malaysia agar Bijak Menjaga Kesihatan Jantung yang di kongsikan melalui Bengkal Jantung Bijak.



Makan Dengan Bijak

Liew Yen Lee, Pakar Runding Kanan di Fonterra Brands Malaysia, berkata, "Diet yang seimbang amat penting untuk menjaga kesihatan; bagaimanapun ramai di antara kita yang tidak mengamalkan pemakanan sihat setiap harl. Hanya 6, daripada dewasa Malaysia makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari, atau mematuhi cadangan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah Garis Panduan Diet Malaysia 2010."

Terdapat tanggapan bahawa amat sukar untuk makan dengan sihat di Malaysia kerana kita dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Bagaimanapun, segalanya bergantung pada pilihan yang lebih sihat: contohnya langkah mudah seperti menambah sayur-sayuran ke dalam hidangan atau menambah susu ke dalam bijirin sarapan kita.

JANTUNG SIHAT

Buah-buahan dan sayur-sayuran ialah kumpulan makanan yang kaya dengan sumber serat pemakanan, vitamin dan antioksidan dan membawa manfaat kepada kesihatan jantung. Selain itu, dewasa Malaysia tidak rnengambil susu dan produk tenusu secukupnya setiap hari. Satu tinjau selidik mendapati bahawa hanya 24.4% dewasa memenuhi jumlah sajian harian yang disyorkan. Orang ramai perlu sedar bahawa susu boleh ditambah sebagai sebahagian daripada diet yang sihat untuk jantung.

Anlene Heart Plus ialah produk susu berkhasiat yang boleh ditambah ke dalam diet harian anda. la dirumus khas dengan bahan bermanfaat seperti sterol tumbuh-tumbuhan, untuk membantu mengurangkan kolesterol dan juga bahan lain seperti omega-3, kolagen, kalsium dan protein. Pilihan makanan yang bijak amat penting untuk kesihatan jantung."


Bersenam Dengan Bijak

Seorang daripada tiga dewasa Malaysia didapati tidak menjalani kehidupan secara aktif menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015.

Ahli Fisioterapi

Kehidupan yang aktif serta diet yang sihat rnenghasilkan tekanan darah yang lebih baik, mengurangkan paras kolesterol dan trigliserida, mengurangkan lemak di sekitar jantung, melegakan radang dan mengurangkan hormon tekanan.
Muhammad Izzat Sallehan, Ahli Fisioterapi Kanan di Pantai Integrated Rehab Services Sdn. Bhd berkata, "Rakyat Malaysia seharusnya berusaha untuk berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehart dan cuba melakukan senaman yang sederhana dan intensif 2-3 kali seminggu untuk menjaga kesihatan jantung mereka."

Tidur Dengan Bijak

Sehingga 90% rakyat Malaysia mengalami masalah tidur dan mereka lazimnya tidur secara purata 6.4 jam sehari. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang menghadapi masalah sukar tidur mempunyai risiko 71% mengalami sakit jantung.

Pakar ENT

Dr. Kong Min Han, Perunfing dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak di Hospital Pantai Kuala lumpur berkata ramai rakyat Malaysia mengalami apnea tidur, dan tidak menyedarinya. 
Menerangkan tentang gejala apnea tidur, Dr. Kong berkata, "Keadaan yang dialami ibarat anda telah tidur 7-8 jam, dan anda bangun tidur dan rasa seolah-olah anda langsung tidak tidur."
Apnea tidur ialah faktor risiko tinggi bagi sakit lantung kerana kesannya terhadap tekanan darah dan sistem saraf. Sistem saraf simpatetik mengawal kadar jantung dan penyempitan salur darah.

BOOTH PEMERIKSAAN KESIHATAN

Selain dari bengkel Jantung Bijak, terdapat juga booth-booth untuk pemeriksaan kesihatan dan susu Anlene. Para tetamu yang hadir juga diberikan makan siang yang sihat dan goodie bag yang cukup berbaloi.

Bengkel Jantung Sihat

Bengkel Jantung Sihat

Anda telah membaca artikel berkaitan MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG.


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MAKAN, BERSENAM, TIDUR DENGAN BIJAK DEMI KESIHATAN JANTUNG"

Posting Komentar