Loading...
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 9 Muharram 1440H, Rabu – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, kedudukan orang Melayu ‘di mata’ masyarakat sering dipandang rendah dek kerana tabiat pemimpin sendiri yang sering berlumba-lumba menghina bangsanya.
Aminuddin berkata, orang Melayu seringkali menjadi mangsa pelabelan seperti pemalas, perasuah, pendengki dan lain-lain lagi.
“Bahkan, terdapat segelintir agamawan yang turut menyindir jika ada usaha-usaha untuk membangunkan kembali kekuatan orang Melayu.
“Dikatakan ia bukan usaha yang Islamik,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebook, hari ini.
Lebih malang lagi, katanya, apabila orang Melayu sentiasa dikaitkan dengan kebobrokan UMNO seolah-olah UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.
“Sebab itu apabila ada pihak yang bercakap mengenai kepimpinan Melayu, secara spontan mereka mengkaitkan dengan rasuah, kleptokrasi dan lain-lain sedangkan kita membicarakan kepimpinan Melayu yang adil, soleh dan bijak serta berfikiran inklusif.
“Walhal, perlu diingatkan, hanya segelintir saja orang Melayu dalam UMNO. Jutaan Melayu lain ada di luar sana,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kebiasaannya, pemimpin politik yang rakus dengan kuasa dan anti-Melayu akan sentiasa mencanaikan kelemahan orang Melayu dan menganggap itu perjuangan rasis.
“Malang, Melayu yang pendek akalnya menerima itu ibarat satu wahyu. Walhal, Islam itu sendiri tidak pernah mengajar rasis, ektremis maupun prejudis. Inilah sebenarnya sifat pemimpin Melayu yang kita perjuangkan bukan seperti yang didambakan oleh media-media sosial yg anti-Melayu,” katanya.
Justeru, beliau menyeru kepada semua pihak sama ada parti politik maupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan yang berusaha menyatu dan membangunkan kembali jati diri Melayu untuk terus mengislah diri dan pemikiran sambil terus berusaha tanpa menghiraukan fitnah luaran.
“Apabila bangsa Melayu yang soleh, bijak dan adil ini kuat dan bersatu saya amat yakin bangsa-bangsa lain juga akan aman, bahagia dan bersedia untuk bersama,” katanya. - ismaweb
Loading...
0 Response to "[MELAYU BUKAN UMNO] Melayu dipandang rendah, pemimpin hina bangsa sendiri"
Posting Komentar