Loading...
Hari ini saya nak kongsikan dengan korang satu Portal Penyelesaian Invois yang dikenali sebagai MOTETO INVOICE. Saya sendiri sudah menggunakan perkhidmatan portal ini sejak beberapa tahun yang lalu. Untuk pengetahuan korang portal ini sebelumnya dikenali sebagai Invoice Monster dan di naik taraf dan penjenamaan semula oleh pemiliknya kepada MOTETO INVOICE.
Sebagai Portal Penyelesaian Invois, MOTETO INVOICE memberi tumpuan kepada bagaimana untuk membantu pengusaha kecil, pemilik bebas atau pemilik perniagaan kecil untuk mempunyai penjejakan yang tepat pada jualan harian mereka dan menghasilkan laporan untuk menganalisis prestasi perniagaan secara keseluruhan. Tak perlu bersusah-susah lagi buat dokumen jualan (invoice) kerana semuanya sudah tersedia dan hanya perlu didisi maklumat berkaitan sahaja.
Apa yang menariknya dengan MOTETO INVOICE ni, korang boleh menjana laporan seperti yang diperlukan hanya dengan satu klik (laporan yang dijana akan di simpan dalam format . xlsx). MOTETO INVOICE merupakan sebuah Portal Penyelesaian Invois yang membantu korang untuk buat invoice secara percuma di internet.
Dengan adanya portal ini, ianya memudahkan kita untuk jejak pembayaran pelanggan (client), laporan pendapatan, dan banyak lagi. Invoice anda boleh di ubah suai (edit) bila-bila masa dan boleh dimuat turun (download) dalam file berformat PDF.
Selain dari itu, korang juga boleh menyimpan maklumat client korang dengan mudah dan tersusun.
Apa yang saya boleh katakan, portal ini sangat mesra pengguna kerana ianya terlalu mudah untuk dikendalikan walaupun tanpa turorial. Saya sendiri sudah hampir tiga (3) tahun menggunakan portal ini untuk menyediakan invoice kepada setiap client saya. Ternyata dianya sangat lengkap dan bagus untuk dipersembahkan kepada client saya.
Jadi korang tak perlu lagi buat invoice secara manual, cari templet invoice di internet kerana semuanya korang boleh dapat secara percuma di MOTETO INVOICE.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA RESIT DAN INVOIS?
Invois adalah bil, atau permintaan untuk pembayaran, untuk jualan. Ia menyenaraikan barang atau perkhidmatan yang disediakan oleh penjual kepada pelanggan, bersama dengan harga, kredit, diskaun, cukai dan jumlah yang perlu dibayar. Ia juga termasuk maklumat kredit, nombor invois, nama jurujual dan sebarang program jualan istimewa.
Resit adalah dokumentasi bahawa pembayaran telah dibuat untuk memuktamadkan penjualan. Ia berfungsi sebagai bukti pemilikan dalam kebanyakan kes. Ia menyenaraikan barangan atau perkhidmatan, harga, kredit, diskaun, cukai, jumlah amaun yang dibayar dan cara pembayaran. Resit umumnya merangkumi maklumat mengenai pembeli dan penjual, dalam format yang berbeza dan darjah yang berbeza-beza.
Korang boleh daftar sekarang di MOTETO INVOICE dan nikmati kelebihannya secara PERCUMA.
Loading...
0 Response to "MOTETO INVOICE : BUAT INVOICE SECARA PERCUMA DI INTERNET"
Posting Komentar