Loading...

Perlukah menteri Kabinet PKR letak jawatan, jika..

Loading...
Dalam konteks PKR menteri Kabinet yang tewas dalam pemilihan parti nanti tak semestinya perlu meletak jawatan.

Ini menurut penganalisis politik, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, kuasa memecat atau menggugurkan ahli Kabinet ialah kuasa budi bicara perdana menteri.

"Hal ini pernah berlaku di Sarawak apabila Adenan Satem kalah pemilihan timbalan presiden PBB, Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud tetap kekalkan dalam kabinet.Jelasnya, hal ini bermakna sekiranya perdana menteri  yakin prestasi ahli Kabinetnya cemerlang dan masih diperlukan, selesa bekerja sebagai satu pasukan yang ampuh, selagi itulah perdana menteri tak akan gugurkannya dalam kabinet.

"Malah memberikan jawatan strategik kepada Adenan kerana keselesaan bekerjasama  dalam satu pasukan kabinet, dan Adenan satem kemudian diangkat sebagai Ketua Menteri Sarawak" katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas situasi yang berlaku sekiranya menteri kabinet PKR yang bertanding dalam pemilihan PKR kali ini tewas.

Antara menteri kabinet PKR yang akan bertanding dalam pemilihan PKR kali ini ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding kerusi timbalan presiden menentang Rafizi Ramli.

Sementara, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin,  Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin bertanding bagi merebut kerusi naib presiden PKR.

Dr Awang yang juga merupakan penganalisis sosiopolitik Jabatan sosiobudaya Univerisiti Malaya berkata, hal ini berlaku kerana beliau (Adenan) bukanlah kalah kerusi Parlimen atau Dun, tetapi hanya peringkat pemilihan parti.

"Pun begitu, ia tetap tertakluk kepada kuasa dan budi bicara perdana menteri dan reaksi dalaman  akar umbi dan pimpinan parti itu sendiri yang memainkan peranan menentukan atau membuat desakan atau usul untuk mempengaruhi pandangan dan budi bicara perdana menteri nanti.

"Akhirnya tetap peranan perdana menteri membuat keputusan muktamad," katanya.

Dalam pada itu mengulas isu yang sama, pensyarah Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Muein Abadi berkata, beliau mempunyai pandangan yang sama sepertimana Dr Awang.

Katanya, menteri perlu teruskan jadi menteri walaupun kalah dalam Pemilihan PKR nanti supaya ada semak dan imbang (check and balance).

"Ia Juga untuk kesinambungan dasar. Jika ditukar menteri baru, dibimbangi banyak perkara akan tergendala," katanya.

Jelasnya, sebagai contoh yang utama seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pegang portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi, besar impaknya jika ditukar menteri baru.

"Apatah lagi Menteri hari ini ialah wakil rakyat di Parlimen yang sah, dan dipilih perdana menteri, bukan oleh keputusan pparti," katanya. - SH
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perlukah menteri Kabinet PKR letak jawatan, jika.."

Posting Komentar