Loading...

Punca Sebenar Peratus Undi Keluar Rendah Di PRK Balakong Dan PRK Seri Setia

Loading...
Punca Sebenar Peratus Undi Keluar Rendah Di PRK Balakong Dan PRK Seri Setia. Cuti panjang, cuaca tidak menentu selain tempoh PRU14 yang baru dilaksanakan beberapa bulan lalu dikatakan menjadi faktor kemerosotan peratusan mereka yang keluar mengundi pada dua PRK semalam.

Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, rakyat masih letih dengan keadaan pilihan raya menyebabkan sebahagian besar pemilih berdaftar memutuskan untuk tidak keluar mengundi.

Punca Sebenar Peratus Undi Keluar Rendah Di PRK Balakong Dan PRK Seri Setia. Berdasarkan statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya 43 peratus pengundi keluar memilih wakil rakyat Dun Balakong manakala di Dun Seri Setia pula mencatat jumlah 44.1 peratus hingga pusat mengundi ditutup jam 5.30 petang.

Peratus bagi kedua-dua PRK itu dilapor terendah berbanding PRK Dun Penanti pada tahun 2009 yang mencatat 46 peratus jumlah keluar mengundi.

Dr Awang yang juga penganalisis politik berkata, pola pengundian rendah berikutan PRU baru sahaja dilaksanakan Mei lalu.

Malah katanya, pengundi juga tidak menganggap kepentingan PRK seperti mana PRU.

“Faktor cuti panjang selama empat hari juga antara punca peratus merosot kerana ramai yang ambil peluang pulang ke kampung.


Punca Sebenar Peratus Undi Keluar Rendah Di PRK Balakong Dan PRK Seri Setia


“Malah pengundi juga tak ramai turun mengundi kerana bagi mereka siapa pun menang dalam PRK ini tak dapat ubah landskap politik Selangor sebagai kerajaan negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH),” katanya yang tidak menolak kemungkinan faktor cuaca juga memainkan peranan penting menghalang pengundi keluar beramai-ramai.

Dalam perkembangan lain, Dr Awang berkata, rakyat menganggap prestasi PH dalam tempoh 122 hari memerintah masih belum berada pada tahap cemerlang.

Katanya, banyak kelemahan perlu diperbaiki selain manifesto belum mampu ditunaikan.

“Kritikan netizen terhadap PH baru-baru ini menunjukkan mereka masih tidak puas hati dengan pentadbiran PH.

“Bagaimanapun rakyat ketika ini sukar untuk pilih BN semula kerana masih mahu beri peluang kepada PH baiki kelemahan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, tidak melihat impak besar berlaku meski MCA guna logo sendiri di Balakong.


Punca Sebenar Peratus Undi Keluar Rendah Di PRK Balakong Dan PRK Seri Setia


Ujarnya lagi, selagi MCA tidak berupaya membuktikan parti itu lebih baik daripada DAP dalam pelbagai aspek selagi itulah ia akan terus ditolak.

“Hakikat sejarah kemenangan MCA disebabkan oleh undi Melayu.

“Bagi kerjasama Pas, Umno pula saya lihat tak ada masalah di peringkat tertinggi parti. Namun di peringkat akar umbi masih lagi saling meragui, tak percaya sesama mereka kerana sudah 41 tahun Pas dan Umno menjadi musuh politik sesama mereka. Ramai yang protes tak turun mengundi atau ambil jalan tengah tak sokong mana-mana pihak,”katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Punca Sebenar Peratus Undi Keluar Rendah Di PRK Balakong Dan PRK Seri Setia"

Posting Komentar