Loading...
Perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula sejak 1 September lalu mengundang pelbagai reaksi.
Pengarah Jabatan Penerangan Pas Kedah, Mohd Azam Samat berkata, perlaksanaan SST ini tetap tidak mampu untuk menurunkan harga barang yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat.
Katanya, sebelum ini ketika kempen PRU14, PH sentiasa mengungkapkan bahawa rakyat terbeban dengan kos sara hidup dengan harga barang meningkat.
"Tetapi malangnya, apabila rakyat memberi mandat kepada mereka, keadaan tetap sama dengan harga barang masih lagi tinggi dan ternyata rakyat masih lagi terbeban," katanya.
Menurut Mohd Azam, rakyat umpama keluar dari mulut buaya masuk pula ke dalam mulut harimau.
"Pertukaran kerajaan membuktikan beban rakyat tidak hilang malah bertambah," katanya.
Tegasnya, kerajaan seharusnya mencari mekanisma baharu dalam mengenakan cukai tanpa melibatkan rakyat bawahan.
"Seharusnya cukai diambil dari orang yang kaya dan diagihkan untuk kebajikan dalam memenuhi keperluan rakyat miskin yang terdiri dari pelbagai bangsa," katanya.
Menurut Mohd Azam, kerajaan seharusnya menggunakan mekanisme pengutipan cukai seperti yang Pas pernah cadangkan sebelum ini.
"Contohnya, cukai simpanan korporat dan cukai saham yang Pas pernah cadangkan mampu menggantikan hasil kerajaan yang hilang akibat penghapusan cukai sebelum ini," katanya. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Rakyat Makin Terbeban?"
Posting Komentar