Loading...
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lokman Adam mendakwa akan ada lebih ramai pemimpin mengambil tindakan keluar parti sama seperti yang dilakukan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.
Katanya, pemimpin yang akan keluar itu juga mempunyai jawatan yang lebih tinggi dalam Umno seperti MT Umno.
Bagaimanapun dalam rakaman video yang dibuat Lokman, beliau mahu Umno menerima apa yang berlaku sebagai peluang untuk membersihkan parti itu.
"Kita tidak perlu pergi terlalu jauh. Saya berani jamin ada lagi ahli MT yang sedang bersiap sedia untuk meninggalkan parti," katanya, hari ini.
Katanya, pemimpin yang bertindak keluar parti dianggap sebagai tali barut yang sekian lama tersebar dalam parti.
Lokman berkata, apa yang berlaku itu membolehkan Umno untuk meneroka sepenuhnya hubungan dengan Pas bagi meningkatkan potensi untuk berdepan PH sekaligus memenangi PRU15 nanti.
"Janganlah kita berputus asa. Sekalipun seluruh MT kita pergi, biarkanlah mereka. Saya percaya dengan kerjasama baru dengan Pas, kita akan dapat lebih banyak kerusi Melayu," katanya.
Sebelum Mustapa umum keluar parti, tiga lagi pemimpin dari Umno mengambil langkah sama iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin. - SH
Loading...
0 Response to "Ramai MT akan keluar UMNO - Lokman Adam"
Posting Komentar