Loading...

REVIEW FILEM SERAM HELL FEST

Loading...
Filem Hell Fest

Semalam saya dan rakan-rakan telah berkesempatan ke tayangan ekslusif filem seram baru bertemakan hallowen, Hell Fest bertempat di TGV Cinemas Sunway Velocity Mall. Terima kasih saya ucapkan kepada Hangat.com untuk tiket dan pengalaman menonton filem seram psiko yang cukup mendebarkan ni.

SINOPSIS HELL FEST

Filem Hell Fest

Sekumpulan kawan karib telah mengunjungi taman tema / festival yang dipanggil Hell Fest sempena halloween. Di sana, mereka menjadi mangsa kepada seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempat untuknya membunuh. Pembunuh tersebut telah menjadikan sekumpulan kawan ini sebagai mangsa keganasan beliau. Pembunuh tersebut telah menyerang rakan-rakan itu, tetapi pengunjung lain menganggap ia hanya sebahagian daripada persembahan di sana.


Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 27 September 2018
Genre: Seram
Durasi: 2 Jam
Pelakon: Bex Taylor-Klaus, Amy Forsyth, Reign Edwards, Christian James
Pengarah: Gregory Plotkin

REVIEW FILEM SERAM HELL FEST

Menonton Filem Hell Fest ni mengigatkan saya pada festival tahunan Halloween Night Of Fright yang dianjurkan di Sunway Lagoon. Konsep festival (Hell Fest) memang sebijik dengan Night Of Fright yang bakal berlansung tak lama lagi. Sejara jujurnya, bagi saya yang sukakan pada filem bergenre seram begini, ianya memang berbaloi untuk di tonton.

Walaupun jalan ceritanya nampak agak biasa dan boleh dijangka, keleman itu dapat ditutup penuh dengan element kejutan dan psyco pada watak pembunuh misteri. Apa yang pasti, ramai yang menonton sambil menutup mata dengan tangan, kadang-kadang cuba curi lihat melalui celahan jari. hahahaha.

Apa yang pasti, ceritanya memang penuh dengan debaran. Mungkin saya sendiri agak trauma untuk masuk ke rumah hantu selepas ini. Kalau korang tanya berapa bintang yang saya akan bagi untuk Filem Hell Fest ni, saya bagi 4/5 bintang.

☆☆☆☆/ ☆☆☆☆☆

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "REVIEW FILEM SERAM HELL FEST"

Posting Komentar