Loading...

REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA

Loading...
REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA | Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya ketika menginap di Hotel Best Western PJ yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya. Hotel Best Western PJ ini merupakan sebuah hotel yang selesa untuk urusan santai dan bisnes kerana kedudukannya yang agak strategik dengan kawasan hot tertentu seperti Universiti Malaya, 30 minit daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang, dan hanya 10 minit sahaja dengan Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Malah, ada kompleks beli belah Jaya 33 Petaling Jaya yang berdekatan untuk lebih pilihan bersantai dan juga membeli-belah. Hotel ini juga merupakan sebahagian daripada kompleks yang dilengkapi dengan kedai, restoran, pejabat serta tempat untuk bersantai.


REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA

Pada hujung bulan ogos yang lepas (28-29/08/18), saya dan beberapa orang rakan blogger telah diberikan kesempatan untuk menginap di Hotel Best Western PJ ini. Secara kasarnya, semua kemudahan yang ada di hotel ini sangat memuaskan dan lengkap seperti Wifi percuma, kolam renang,  sauna, jakuzi dan restoran yang menyediakan hidangan enak untuk tetamu mereka.

BILIK SUPERIOR | Saya telah diberikan bilik superior dengan dua buah katil single di bahagian hujung bangunan yang memberi peluang kepada saya untuk menikmati keindahan sekitar hotel dengan cukup jelas dari jendela cermin bilik.


Walaupun ruang bilik agak kecil, bagi saya ianya cukup memadai dan selesa. Semua kemudahan asas untuk tetamu disediakan lengkap termasuklah saluran TV interaktif percuma, kemudahan mini bar dan juga kemudahan toiletries yang disediakan dalam bilik air.


Tiada masalah signal Wifi yang teruk kerana router Wifi berada betul-betul di bawah meja solek di dalam bilik. Memang seronok dapat layari internet dengan wifi yang sangat laju.

MAKAN TENGAHARI DI KEMBALI KITCHEN | Tak lengkap menginap kat sini tanpa cuba makan di Kembali Kitchen. Untuk pengetahuan korang, bermula 3 Sept 2018 yang lepas, mereka ada memperkenalkan Set Makan Tengahari Warisan dengan hanya RM15nett per set dengan COMPLIMENTARY Iced Lemon Tea. 

Set Assam Pedas Ikan Pari

Set makan tengahari tersebut hadir dengan tiga (3) pilihan iaitu :-
  • Pilihan 1 : Rendang Ekor
  • Pilihan 2 : Ayam Bakar Percik Kelantan
  • Pilihan 3 : Assam Pedas Ikan Pari

Memandangkan saya ni penggemar Asam Pedas Ikan Pari, saya tak teragak-agak untuk mencuba set pilihan tiga (3). Bagi saya, dengan harga RM15 ni ianya cukup berbaloi dengan potion makanan yang boleh dikatakan banyak dan sangat sedap. Ternyata setnya bukan semata-mata asam pedas ikan pari sahaja, ada nasi, sup kosong, acar, keropok dan sayur. Kalau korang nak lagi jimat, korang datang pada hari rabu bersama kawan anda, beli dua (2) set hanya bayar satu (1) set sahaja.


MAKAN MALAM DI SKYZ @ ROOFTOP | Untuk hidangan makan malam pula, kami mencuba hidangan Buffet BBQ yang berlansung di SKYZ@RoofTop hotel ini. Suasana makan malam yang cukup meriah berdekatan dengan kolam renang dengan pemandangan indah sekitar dari tingkat paling atas hotel ini.


Harga asal BBQ Buffet ini adalah RM104 nett ! Bermula 1 September 2018 dan seterusnya, harga diskaun adalah pada RM66nett termasuk Cukai Perkhidmatan 6%. Harga diskaun ini tertakluk pada terma dan syarat.

JENIS BILIK DAN KEMUDAHAN HOTEL | Hotel Best Western PJ ada menyediakan 4 jenis bilik hotel dan suites, iaitu:

  • Superior room
  • Club floor superior room
  • Executive suite
  • Presidental suite

Selain dari memiliki bilik yang cukup selesa dan lengkap, Best Western Hotel PJ juga ada menyediakan beberapa kemudahan lain yang pastinya sesuai untuk menyempurnakan percutian pelanggan bersama mereka.

  • Kolam renang di bahagian bumbung hotel
  • Skyz Dine and Bar
  • Meeting room yang lengkap 
  • Ruang sauna
  • Gimnasium
  • Jakuzzi


Penginapan saya selama dua (2) hari satu (1) malam di Hotel Best Western, Petaling Jaya sudah semestinya tidak mencukupi buat saya untuk istirehat disini. Mungkin saya akan datang lagi untuk kali kedua? Insyaallah.
p/s : Untuk pengetahuan korang, Best Western adalah merupakan rangkaian hotel terbesar di dunia. Di Asia sahaja, rangkaian hotel ini boleh di dapati di 18 buah negara termasuklah China, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia.

Best Western Petaling Jaya

Alamat: 
No. 1, Jalan 13/1,
Section 13, 46100 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

T: (+603) 7610 2222
F: (+603) 7610 2200

Email : 

Anda telah membaca artikel berkaitan REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "REVIEW HOTEL BEST WESTERN, PETALING JAYA"

Posting Komentar