Loading...
TAIWAN SEBAGAI HAB HALAL | Terletak di utara negara Filipina di Laut Cina Selatan, Taiwan merupakan sebuah pulau yang dikurniakan dengan pelbagai budaya dan lokasi menarik, dari kota ke alam semulajadi yang indah dan mendamaikan. Taiwan juga dikenali kerana terdapat banyak pilihan makanan dan juadah enak yang uniquely Taiwan, dan sebilangannya ditawarkan oleh kedai-kedai yang mesra-Muslim.
Untuk pengetahuan korang, Taiwan memiliki penduduk Islam seramai 300,000 orang dan keperluan harian mereka dibantu oleh 3 organisasi iaitu Persatuan Cina Muslim, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan.
Sejak beberapa tahun lepas, kerajaan Taiwan telah bekerjasama dengan pertubuhan ini untuk memahami keperluan dan permintaan pengunjung Muslim khususnya ke negara mereka.
"Dalam komitmen kami untuk menjadi hab halal dan usaha bersama menjadi destinasi pilihan dalam kalangan pelawat Muslim, kami akan terus menambah baik kemudahan kami untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim," kata Anne Hung, wakil pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia.
SALAM TAIWAN | Kempen ini adalah bertujuan bagi mengajak rakyat Malaysia dan Brunei, terutamanya kaum Muslim, untuk jadikan Taiwan sebagai satu destinasi percutian mereka yang seterusnya.
Mengenengahkan kemudahan yang ada untuk pelawat Muslim, Salam Taiwan menumpu khas kepada perkara dan aktivti menarik di Taiwan yang Muslim-friendly, seperti makanan dan minuman, hotel, bilik solat awam yang selesa, serta barangan kosmetik dan penjagaan kulit yang disahkan halal.
Kempen ini menekankan 6 teras yang direka khusus untuk melancarkan perancangan perjalanan bagi pengunjung Islam: gaya hidup dan kemampanan (LOHAS) yang menggariskan kaedah kehidupan sihat; pasar malam terkenal Taiwan; taman tema; pemandangan alam sekitar yang memukau; shopping dan kebudayaan Islam.
MIRA FILZAH SEBAGAI DUTA SALAM TAIWAN | Mira telah dilantik sebagai duta Salam Taiwan untuk menarik pelancong Islam khususnya dari negara kita Malaysia untuk bercuti dan menerokai Taiwan. Mira Filzah sendiri telah ke Taiwan bersama beberapa orang infuencer social media yang lain seperti Aisha Liyana, Sharifah Rose Sabrina dan Yasmin Redzuan untuk pengambaran iklan Salam Taiwan pada bulan Julai lalu.
Kini anda boleh tontoni iklan tersebut yang menunjukkan pengalaman menyeronokkan yang mereka lalui ketika melancong di negara tersebut.
Kini anda boleh tontoni iklan tersebut yang menunjukkan pengalaman menyeronokkan yang mereka lalui ketika melancong di negara tersebut.
Jika anda berminat untuk melancong ke Taiwan, anda bolehlah lawati booth Biro Pelancongan Taiwan (Taiwan Pavillion) di MATTA Fair 2018 yang akan bertempat di Dewan 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Booth (nombor gerai: 1413-1432) itu dibuka dari 7 hingga 9 September di antara 10 pagi dan 9 malam. Singgah untuk menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan pakej percutian menarik. Anda juga berpeluang untuk bersemuka dengan duta Salam Taiwan iaitu Mira Filzah kerana beliau akan membuat penampilan khas di booth ini pada 8 September, 2 petang untuk berkongsi pengalamannya ketika melancong di Taiwan.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Biro Pelancongan Taiwan (www.taiwan.net.my) atau Facebook (www.facebook.com/tbrockl/); ataupun menghubungi 03-2070 6789.
Kredit foto: Biro Pelancongan Taiwan
Loading...
0 Response to "SALAM TAIWAN : PERCUTIAN MESRA MUSLIM"
Posting Komentar