Loading...

Tak mahu dipecat, KJ nak jadi Presiden Umno 2021

Loading...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan akan setia bersama Umno dan akan merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan 2021 nanti.

Kenyataan ini timbul apabila sekeping foto dikongsi seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Haji Mat Nasir yang memaparkan wajah Khairy disisi Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan mimik muka yang kelihatan tidak selesa.

"Kelat pisang kelat,Pemilik akaun Twitter berkenaan menulis lima baris pantun yang menggambarkan situasi dan reaksi wajah berkenaan.

Muka bujur tahi lalat,
Batu pisang batu,
Aku dan Zahid tak sebulu,
Alahai MT (Majlis Tertinggi Umno) pecatlah aku.

Kemudian, Khairy membalas Tweet berkenaan dengan menyatakan bahawa individu berkenaan telah salah faham mengenai mimik muka beliau.

"Pak Cik salah faham. Saya tak mahu dipecat. Saya nak bertanding jawatan Presiden tahun 2021. Presiden Umno," tulis bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Mat Nasir pula menyahut kiriman itu dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada Khairy Jamaluddin.

"Jangan risau anakanda KJ kamu tidak akan dipecat, Insya-ALLAH.  Selamat maju jaya untuk Presiden Umno 2021 atau lebih awal," tulisnya. -SH
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tak mahu dipecat, KJ nak jadi Presiden Umno 2021"

Posting Komentar