Loading...
Sekadar hiburan semata2
Tumpang sekole.
GRAND DESIGN UMNO PAS PKR MUSNAH BILA MELAYU UMNO SENDIRI BERPECAH
BETAPA hina dan rendahnya padangan pemimpin-pemimpin PAS sekarang terhadap parti UMNO setelah tergulingnya kerajaan UMNO dan mahu berkongsi masa depan dengan PAS ternyata dari kenyataan Presiden PAS Haji Hadi yang mengatakan UMNO kini dalam kawalan Pas.
UMNO cuba meyakinkan orang Melayu bahwa langkahnya kearah kerjasama politik dengan PAS akan membawa kepada perpaduan Melayu dan Islam yang terbesar di negara ini.
Yang tersirat dibalik langkah ini sebenarnya adalah hasrat UMNO untuk kembali berkuasa dengan segera menerusi grand design menerusi rundingan Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai hubungan special dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim bagi membawa perpaduan Melayu yang lebih besar menerusi gabungan atau perikatan UMNO PAS dan PKR bila Anwar menjadi Perdana Menteri.
Anwar mungkin akan menjadi Perdana Menteri lebih awal dari yang dijangkakan.
Bagaimanapun harapan pemulihan kekuatan UMNO dengan langkah kerjasama lebih awal dengan PAS telah menerima tamparan paling hebat apabila Mustapa Muhamad Penegerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang juga wakil Parlimen Jeli yang dianggap sebagai permata berharga UMNO degan kekuatan moral tersendiri pada pandangan rakyat dan juga penyokong UMNO telah bertindak keluar dari UMNO.
Punca utama tindakan Mustapa itu adalah kerana beliau tidak percaya kepada pakatan berunsurkan perkauman dan agama yang sempit UMNO dengan PAS yag menjadikan UMNO tidak lagi relevan bagi masa depan politik negara ini yang semakin dinamik.
Bersubahat dengan PAS menampakan kepada seluruh rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa UMNO percaya stratiji perkauman dan Islam akan membangunkan kekuatan politik Melayu.
Malapetaka yang dahsyat sedang menimpa UMNO akibat dari stratiji politik Presiden UMNO Zahid Hamid yang juga berkecedorongan agama ialah tidak sahaja membawa kepada pandangan serong rakyat Malaysia yang waras terhadap UMNO tetapi telah menyebabkan perpecahan Melayu dalam UMNO sendiri yang berasaskan kepada nasionalisme Melayu yang liberal.
Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dengan berani menuduh presiden UMNO bertanggungjawab atas tindakan Mustapa keuarr dari UMNO.
Langkah Mustapa ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi pemimin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang terus menyimpan perasaan anti dan benci PAS kerana terluka perasaan mereka dikafirkan oleh Haji Hadi dan menambah luka bila Hadi mengatakan bahawa sekarang UMNO di bawah kawalan PAS.
Mustapa menentang keras langkah UMNO ini mengorbankan identitinya dan konsep asalnya.Mustapa yang telah lebih 40 tahun menjadi ahi UMNO percaya kepada "UMNO should be a party that is inclusive,moderate and centris" atas prinsip ini diasaskan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.
Tentulah bukanlah lagi identiti UMNO bila mahu menunjukan kekuatan Islam dan Melayu menerusi hudud dan sebatan keatas wanita Islam didepan umum ketika kaum wanita menuntut penghormatan terhadap maruah mereka dan juga persamaan hak dan keadilan sesuai dengan peradaban dunia bertemandon dan maju.
Posted by zainudin maidin
Loading...
0 Response to "[Video Dia Milik Orang] Grand Design UMNO+PAS+PKR MUSNAH apabila melayu umno sudah BERPECAH! Malapetaka yang dahsyat sedang menimpa Umno akibat salah strategi politik Presiden Zahid Hamidi"
Posting Komentar