Loading...

[Video Dr M pertahan Guan Eng, AG nafi letak jawatan] Tok Pa harus letak jawatan MP jika ada maruah & Yang penting Umno kalah teruk – 'calon bebas' PD.

Loading...
Selasa, 18 September 2018

Tok Pa harus letak jawatan MP jika ada maruah

Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii menggesa Datuk Mustapa Mohamed supaya melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen Jeli susulan keputusannya keluar Umno.
Mohd Razlan berkata bekas menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri itu perlu berbuat demikian sekiranya masih memiliki maruah.
"Apa yang Tok Pa lakukan hari ini merupakan perkhianatan kepada kepercayaan parti.
"Beliau berkata tentang rejuvenasi parti walhal beliau yang seorang tua, sekian lama menjadi pemimpin parti pun bertanding pada PRU yang lepas. Lepas tu bertanding lagi sebagai ketua bahagian dan bertanding juga sebagai MT (Majlis Tertinggi Umno).
"Kalau ada maruah, sila letak jawatan sebagai ahli parlimen Jeli, sebagai manusia yang ada maruah dan berprinsip," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Mustapa berkata beliau membuat keputusan keluar Umno setelah memerhatikan lanskap politik negara, hala tuju Umno dan BN serta masa depan negara.

Yang penting Umno kalah teruk – 'calon bebas' PD

Datuk G Kumaar Aamaan, yang mahu menjadi calon bebas dalam pilihan raya kecil Port Dickson, berharap Umno akan kalah teruk jika turut sama masuk gelanggang.
Malah, kata bekas setiausaha agung MIC itu, kalaupun nasib tidak menyebelahinya, beliau lebih rela Port Dickson kekal di tangan Pakatan Harapan.
"Ramai yang percaya bahawa saya disuntik dalam PRK PD (Port Dickson) oleh BN.
“Sebenarnya, saya lebih rela jika Pakatan Harapan menang pada PRK ini.
“Yang penting Umno kalah teruk," katanya kepada Malaysiakini.
MIC dan PAS telah menarik diri daripada bertanding melawan tokoh HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setakat ini, Anwar dispekulasikan akan dicabar oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi Datuk Abdul Rahman Mohd Redza, dari Umno.
Bagaimanapun setakat ini belum ada keputusan rasmi diumumkan.
Sementara itu, Kumaar yang bertanding sebagai calon PAS di Tanah Rata dalam pilihan raya umum lalu, juga berkata terdapat segelintir pengundi Port Dickson tidak puas hati dengan pentadbiran HARAPAN.
"Mereka rasa HARAPAN sama seperti BN yang menipu rakyat dengan janji-janji palsu.
“Maka, pada pandangan saya akan ada pengundi mengundi Umno walaupun mereka tidak menyukai BN.
“Fokus saya golongan inilah, Khususnya pengundi India yang lebih 12,000 orang di Parlimen Port Dickson.
Jika terpilih, Kumaar berkata akan bertindak sebagai pendesak kepada kerajaan baru, “khususnya empat menteri India” dalam kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Empat menteri itu ialah M Kulasegaran (Sumber Manusia), Gobind Singh Deo (Komunikasi dan Multimedia), Dr Xavier Jayakumar (air, tanah dan sumber asli) dan P Waythamoorthy (Jabatan Perdana Menteri).
Penyandang kerusi Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 September lalu bagi memberi laluan Anwar kembali ke parlimen.
Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Danyal mendapat 36,225 undi dan mempertahankan kerusi berkenaan untuk PKR dengan kelebihan 17,710 undi.
Dua lagi pencabar untuk kerusi itu, BN mendapat 18,515 undi manakala PAS memperoleh 6,594 undi.
Mk.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Dr M pertahan Guan Eng, AG nafi letak jawatan] Tok Pa harus letak jawatan MP jika ada maruah & Yang penting Umno kalah teruk – 'calon bebas' PD."

Posting Komentar