Loading...
Tahniah YB Dato' Salahuddin Ayub
ENTAH di mana silapnya negara ini sentiasa berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan yang akhirnya begitu membebankan pengguna secara keseluruhan.
Kita masih ingat bagaimana daging kerbau memonopoli pengedaran daging yang rata-rata rakyat Malaysia sangka ia daging lembu. Itu belum lagi cerita masalah kekurangan ayam dan pelbagai keperluan lain setiap kali tibanya hari raya.
Lebih menyedihkan masalah sebegini dilihat membebankan bukan kerana faktor tidak cukup tanah atau pengusaha malas tetapi akibat ketamakan beberapa pihak yang cuba memonopoli.
Masalah ini sudah tentu bukan isu baharu dan ia dilihat gagal diselesaikan oleh kerajaan sebelum ini yang rata-rata tidak ada keberanian untuk melakukan perubahan.
Dalam hal ini kita semua perlu mengucapkan terima kasih atas keberanian dan ketegasan Menteri Pertanian, Salahuddin Ayub menggantung sementara pengeluaran semua permit import (IP) bagi cili dari Vietnam.
Khabar gembira ini sudah tentu mampu membuatkan petani dan pengusaha ladang cili yang begitu terbeban dengan lambakan cili dari Vietnam, tersenyum lebar. Masih ada sinar di bawah kerajaan baharu ini, kata mereka.
Kalau dahulu walau sampai empat menteri pertanian bertukar dalam tempoh hanya 10 tahun tetapi masalah melibatkan pengusaha cili atau penternak dan pengusaha ladang tidak begitu diambil kisah dan sering kali dipinggir kerana ada 'kartel' di belakang yang cuba mengaut keuntungan secara salah malah sanggup menganiaya pengusaha tempatan.
Kita tidak cakap golongan ini tidak dibela tetapi akibat wujudnya kartel yang haloba, masalah petani dan penternak bukan keutamaan.
Para petani dan pengusaha ladang ini juga seperti peniaga, kalau rugi buat apa lagi mahu diusahakan. Apatah lagi jika kerajaan tidak begitu membela seperti dalam kes lambakan cili akibatnya harga cili tempatan merudum teruk akibat lambakan sebegini.
Yang terus untung kartel dibelakang yang tetap untung walaupun berlaku lambakan.
Petikan ini ditulis di ruangan Diksi Utusan Online, layari http://m.utusan.com.my/rencana/…/tahniah-salahuddin-1.748325
NAJIB BERDONGENG LAGI...
“Apa yang saya tahu dalam dunia perniagaan, ada juga berlaku kakitangan menandatangani surat bagi pihak majikan mereka.”
Demikianlah jawapan Najib Razak berhubung laporan bahawa surat putera Diraja Arab Saudi yang didedahkannya sebelum ini sebenarnya bukan ditandatangani anak raja berkenaan, sebaliknya oleh wakilnya sahaja.
Najib dalam laman Facebooknya beberapa hari lalu mendedahkan sepucuk surat yang ditandatangani oleh Putera Saud Abdulaziz Al-Saud sebagai bukti wang RM2.6 bilion yang diterimanya adalah suatu bentuk derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan bukan songlapan dana 1MDB yang didalangi oleh Jho Low.
Begitu pun, laporan yang didedahkan oleh The Edge Weekly semalam mendapati meskipun nama penandatangan surat itu ialah Saud Abdulaziz Al-Saud, ia sebenarnya disediakan dan ditandatangani oleh wakilnya saja iaitu Mohamad Abdullah Al Koman.
Mohamah Abdullah memberitahu penyiasat bahawa dia adalah orang yang menyediakan dan menandatangani surat itu bagi pihak putera Diraja Arab Saudi itu, kata laporan itu yang menyebut bahawa Mohamad juga gagal memberi sebarang butiran mengenai wang yang dimasukkan ke akaun Najib itu.
Meskipun Najib mengatakan wang yang diterimanya adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, beliau bagaimanapun tidak menafikan kemasukan itu melalui Tanore Finance yang dipunyai oleh Jho Low bersama individu lain yang dikenali sebagai Eric Tan Kim Loong.
Terus mempertahankan kenyataannya susulan pendedahan The Edge Weekly itu, Najib berhujah bahawa ada juga berlaku kakitangan menandatangi surat bagi pihak majikan mereka.
Logik atau tidak hujah Najib kali ini?
Atau ini satu lagi episod cerita dongeng daripada fantasi Najib?
Kalau nama yang tertera pada surat berkenaan ialah Saud Abdulaziz Al-Saud, siapakah yang patut menandatanganinya?
Jika orang lain yang menandatangi sesuatu surat itu tanpa diletakkan perkataan “b/p” atau “bagi pihak”, apa lagi jika tandatangannya berbeza dengan tandatangan pemilik sebenar, apakah surat berkenaan sah atau boleh dianggap sebagai surat palsu?
Ketika Najib jadi Perdana Menteri dahulu, jika ada surat yang tertera nama Najib Razak serta menggunakan kepala surat Perdana Menteri Malaysia, pernahkah sesiapa selain dirinya yang menandatangani surat berkenaan?
Bolehkah Najib memberi bukti di mana dalam dunia perniagaan bahawa wakil boleh menandatangani surat bagi pihak majikan mereka?
Adakah pernah surat Nazir Razak selaku Pengerusi CIMB, iaitu adiknya sendiri yang tertera namanya tetapi ditandatangani oleh wakilnya?
Bolehkah Najib berlaku jujur dalam dalam ini?
Akhirnya, untuk renungan Najib yang nampaknya tidak pernah berubah, jauh sekali untuk insaf atas kelakuan salahnya selama ini, meskipun Tuhan telah menarik kuasa yang dimiliknya, ada pepatah mengatakan - "Apabila kamu berbohong sekali, kamu terpaksa berbohong seribu kali untuk menutup pembohongan yang pertama itu."
Najib, agak-agaknya kalau ia pun nak reka cerita dongeng dan masih mahu memperbodohkan orangramai!! (ShahbudinHusin 18/09/2018)
Loading...
0 Response to "[Video Elok Punya sindir dari YB Mohamad Sabu] ENTAH di mana silapnya negara ini sentiasa berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan? Tahniah YB Dato' Salahuddin Ayub atas keberanian dan ketegasannya diketika Najib masih BERDONGENG LAGI! Hey Najib, agak-agak la jika nak memperbodohkan orang ramai!"
Posting Komentar