Loading...
Kenyataan Ketua Pemuda Amanah Nasional, YB Sani Hamzan.
Pengusaha cili tempatan menarik nafas lega dan menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung pengumuman penggantungan sementara permit import (IP) cili dari Vietnam.
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Pengusaha cili tempatan menarik nafas lega dan menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung pengumuman penggantungan sementara permit import (IP) cili dari Vietnam.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Abdul Razak Khasbullah berkata, langkah itu membuktikan kementerian amat komited memartabatkan sektor pertanian negara selain melindungi pengguna secara keseluruhan.
“Isu ini telah berlanjutan terlalu lama, keputusan ini juga memperlihatkan kerajaan serius memikul amanah dan tanggungjawab kepada petani dan rakyat Malaysia.
“Terima kasih kepada menteri, Ketua Setiausaha kementerian, pegawai dan kakitangan di semua peringkat selain jabatan dan agensi terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bagi usahawan cili, Norhashim Kamisan, pengumuman itu adalah suatu sejarah besar dalam industri cili selain menjadi titik perubahan dalam aspek pengimportan bahan makanan.
“Kami petani berjanji akan bertanggungjawab mengeluarkan hasil berkualiti dan terjamin selamat digunakan mengikut kadar Tahap Maksimum Residu (MRL) racun ditetapkan,” ujarnya.
Pengusaha cili dari Nilai, SM Fairuz SM Sharifuddin berkata, dia bersyukur dengan langkah kementerian mengekang produk pertanian yang tidak selamat daripada dijual kepada orang ramai.
“Hanya Allah SWT dapat membalas jasa Menteri, Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pertanian yang sememangnya mempunyai keberanian luar biasa dalam mengambil keputusan itu walaupun bakal berhadapan dengan pelbagai tekanan kelak,” katanya.
Loading...
0 Response to "[Video Kuasa & bencana, pesan Anwar] Pemuda AMANAH menyokong penuh Anwar bertanding di PD & Penggantungan sementara permit import (IP) cili dari Vietnam...Pengusaha cili tempatan menarik nafas lega."
Posting Komentar