Loading...

[Video Pas dan Umno bergabung kerana 'mereka punye musuh yang sama' & Babi Cerdik Ini Bodohi Empat Ekor Anjing] Gaya Timb PM? MAT SABU JANGAN JELES! Bolehkah PH dipanggil SERIGALA? Tanpa kuasa dan duit UMNO mati akai...

Loading...
Ahad, 16 September 2018


Foto Suara Rakyat.
Tak usahlah nak menipu bagai jika cakap tak berhujah fakta..

Kod 1 (Istiadat Jabatan Amal Malaysia) PAKAI 'CAP' WARNA MERAH.. Bukannya songkok hitam.

Sejak bila dah pandai2 tukar etika kod No.1 ?!

Ka komen guna kepala lutut..
Posted by 

Tanpa Kuasa dan Duit Umno Mati Akal

Pemuda Umno pernah julang Najib setinggi langit
SEKARANG terdengar cakap-cakap bahawa para pembesar Umno, dengan diketuai oleh Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, terhegeh-hegeh mencari rakan baru setelah ditendang keluar oleh rakyat jelata pada 9 Mei lalu.

Jadi menang betul lah cerita yang tersebar di media tradisional dan media sosial mengenai saki-baki Umno akan bergabung dengan parti-parti lain dalam usaha untuk kembali berkuasa.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Secara tidak rasmi ia telah pun mula bekerjasama dengan PAS. Tapi ini nampaknya tidak memuaskan mereka kerana PAS juga di pihak yang kalah.

Perkongsian mereka tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan campuran di peringkat pusat dan telah ditolak dalam beberapa pilihan raya kecil.

Setelah empat bulan menjadi pembangkang, Umno mendapati keadaan itu tidak tertanggung olehnya.

Ini adalah kerana ia terlalu biasa dengan kuasa dan duit, khususnya pada zaman “Cash is King”. Tanpa kuasa dan wang Umno mendapati sukar untuk hidup.

PAS pun tidak ada kuasa dan tidak ada duit. Malah khabarnya kerajaan-kerajaan negeri di bawah Umno dan PAS hendak bayar gaji kakitangan awam mereka pun tidak mampu kalau tidak dibantu oleh kerajaan pusat.

Inilah bahana tidak dengar cakap dan terlalu yakin kepada bisikan-bisikan palsu penjilat dan pengampu. Kerana dedak, mulut jadi busu, mata jadi buta dan telinga jadi pekak.

Pemujaan Yang Merosakkan

Kalaulah tiga, empat tahun lalu Umno dengar cakap sebahagian ahlinya sendiri dan singkirkan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, rasanya nasib Umno tidak seburuk sekarang.

Malah ada pemerhati dan penganalisis politik berpendapat kalau menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu Mohd Najib mengundurkan diri, Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah dan Pakatan Harapan (PH) hanya boleh berpuas hati menjadi pembangkang.

Tetapi ini cara Allah SWT menyelamatkan negara kita Malaysia iaitu dengan tidak membuka hati Najib untuk mengundurkan diri dan tidak memberi kejantanan kepada para pembesar Umno untuk menyuruh beliau berundur.

Dengan kekalahan Umno/BN maka terdedahlah kerosakan dahsyat yang Najib serta konco dan konspirator beliau lakukan ke atas ekonomi dan institusi negara.

Kalau ditakdirkan BN menang, segala kejahatan dan kerosakan ini akan berterusan dan disembunyikan daripada pengetahuan umum. Hutang negara terus menggunung dan secara sistematik Malaysia akan tergadai kepada kuasa-kuasa asing.

Sekarang Umno umpama anak ayam kehilangan ibu – kesejukan, kelaparan dan ketakutan. Ke sana sini mencari tempat berlindung.

Baru-baru ini beberapa orang ketua mereka - termasuk Ahmad Zahid Hamidi - telah menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk “berbincang”.

Khabarnya, mereka tidak lagi bercakap mengenai Umno tetapi Pekembar. Pekembar adalah singkatan kepada nama bahasa Melayu bagi Umno iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Konon cerita, mereka mahu meninjau kemungkinan menggabungkan Pekembar dengan Bersatu (PPBM) menjadi Pekembar Bersatu. Melaluinya mereka berharap menjadi sebahagian daripada kerajaan PH.

Itu cerita lah! Masuk akal. Tapi masakan PPBM yang sudah pun menganggotai PH mahu atau boleh bergabung dengan Umno/Pekembar.

PPBM tentulah faham muslihat Umno itu. Ini mungkin cara Umno memecahbelahkan PH dengan harapan ia akan kembali berkuasa.

Pendirian PPBM jelas. Ahli Umno dialu-alukan menyertai PPBM . Tetapi mereka hendaklah menyertainya sebagai individu dan ahli biasa. Mereka tidak boleh masuk berkumpulan sebagai cawangan atau bahagian.

Mereka masuk sebagai ahli biasa dan kalau bercita-cita hendak memimpin mereka perlulah melakukannya dalam kerangka PPBM.

Majoriti ahli Umno dialu-alukan. Tetapi tentulah ada segelintir yang tidak akan diterima kerana imej mereka yang buruk dan amalan mereka yang menyalahi undang-undang.

Ramai Akan Sertai Najib

Ini mengingatkan saya kepada makluman Perdana Menteri semalam bahawa Polis, SPRM dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) kini semakin cergas menyiasat dan mengambil tindakan ke atas kes berkaitan skandal 1MDB.

Perkembangan ini sangat melegakan kerana sebelum ini terdengar cakap-cakap bahawa tiga agensi penting ini terlalu perlahan bertindak dan bertelingkah antara satu sama lain.

Keadaan berubah setelah ketiga-tiga mereka dipanggil menemui Perdana Menteri serentak baru-baru ini.

Tidak syak lagi perkembangan yang menggembirakan ini akan berkesudahan dengan lebih ramai ketua-ketua Umno era Najib mengekori bos mereka ke muka pengadilan.

Jadi secara tidak langsung proses pembersihan Umno sedang berlaku dan ini akan memudahkan kita membezakan di antara pertama dan kaca dalam pertubuhan itu.

Yang bersih atau yang tidak terlalu teruk kesalahan dan kesilapan mereka bolehlah diterima masuk ke dalam PPBM atau sebagai sekutu PH dalam Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Kemasukan mereka, sama ada secara langsung atau sebagai sekutu, boleh membantu kerajaan PH mendedahkan dan mengatasi pelbagai skandal dan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Wallahuaklam.

A Kadir Jasin
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Pas dan Umno bergabung kerana 'mereka punye musuh yang sama' & Babi Cerdik Ini Bodohi Empat Ekor Anjing] Gaya Timb PM? MAT SABU JANGAN JELES! Bolehkah PH dipanggil SERIGALA? Tanpa kuasa dan duit UMNO mati akai..."

Posting Komentar