Loading...
ADAKAH MAHKAMAH TINGGI SYARI'AH TERENGGANU TIDAK FAHAM PENINDASAN ?
APABILA HUKUM SEKULAR DIPERKENALKAN DI NEGARA INI, MENGAPA TIDAK ADA PENJELASAN DIMINTA ? DAN RAKYAT BOLEH TERRRIMA SEADANYA ?
APA ANUAR BIN IBRAHIM FIKIR APA YANG DILAKUKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI TERENGGANU MACAM TIDAK FAHAM MORAL MANUSIA ?
ORANG YANG KAKI GAY DAN LESBIAN PERLUKAN DIBERIKAN BELAS KASIHAN ? SEDANGKAN HUKUMAN TERSEBUT DIBAWAH SYARI'AH, ADAKAH ANUAR BIN IBRAHIM FAHAM SYARI'AH AGAMA ?
PERSOALANNYA MENGAPA ANUAR BIN IBRAHIM TERASA SANGAT SEBAT DI KHALAYAK RAMAI ? ADA APA-APA HAL ?
ATAU
SEPATUTNYA ANUAR IBRAHIM BAGITAHULAH DENGAN MAHKAMAH SYARI'AH TRENGGANU, BAHAWA RAKYAT MALAYSIA TAK DAPAT TERIMA HUKUMAN MAHKAMAH SYARI'AH TERENGGANU.
-Pak Karamu-
Hukuman sebat di khalayak ramai sukar diterima
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Tindakan menghukum seperti menjatuhkan hukuman sebat dikhalayak ramai tanpa melalui proses dan kefahaman yang betul serta tanpa belas kasihan adalah sesuatu yang tidak diterima rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Presiden PKR itu, perkara tersebut perlu ditangani dengan berhati-hati kerana akan timbul tuduhan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat terhadap pesalah syariah sebagai anti-Islam.
"Jika anda cuai dalam memberi kenyataan dalam perkara ini, anda akan dilabel sebagai anti undang-undang syariah, anda dilabel sebagai sekular dan sebagainya.
"Jika perkara ini berlaku akan timbul pergeseran lain dalam kalangan masyarakat Islam," katanya dalam satu sidang media di Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Filipina 2018 di Makati City hari ini, petik laporan Astro Awani.
Anwar berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan hukuman sebat itu kerana ia merupakan satu bentuk penindasan.
"Jika timbul isu berkaitan kesalahan sedemikian perlu ada satu bentuk penjelasan yang mencukupi, pendedahan atau pendidikan kepada masyarakat," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pasangan kekasih lesbian dihukum sebat di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lesbian dicekup, alat sulit tiruan lelaki ditemui]
[ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan lesbian didenda, disebat]
Berhubung kes ini, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan terhadap sepasang lesbian kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu.
Loading...
0 Response to "WOIT ? SIAPA ANUAR IBRAHIM MEMPPERTIKAIKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARI'AH ?"
Posting Komentar