Loading...

Adakah peranan Menteri KPM didik Rakyat MENIPU? Inilah Pendidikan PERCUMA itu - Najib

Loading...

Oleh : Najib Razak

Selepas menipu rakyat mengenai PTPTN dan janji pendidikan percuma, pagi tadi Menteri PH ini pula mahu menipu mengenai isu RM2.6b.

Untuk makluman Menteri ini, saya sudah dituduh di Mahkamah kerana menerima wang ini dan saya juga dituduh secara rasmi dengan 5 dakwaan (pemulangan dipecahkah kepada 5 kali atas kehendak bank untuk mengurangkan kesan kepada pasaran FOREX) kerana memulangkan wang ini kepada akaun penghantar 4 bulan selepas menerimanya, iaitu telah "return to sender".

Sudah 6 bulan selepas barang-barang dirampas dan tidak ada 1 tuduhan yang mendakwa wang RM2.6b itu digunakan untuk membeli beg tangan, cincin dan sebagainya. 

Pendakwaan di mahkamah pun digunakan menteri PH sebagai bahan fitnah. Adakah peranan menteri pendidikan kita adalah untuk mendidik rakyat menipu dan menfitnah Inikah pendidikan "percuma" yang dimaksudkan itu?

Kalau tak boleh tunaikan janji, tak payah untuk menipu dan menggunakan saya sebagai alasan.

Bagi kes 1MDB, saya sudah berhujah di dalam parlimen (ketika anda semua hilang) dan juga menulis dua kali minggu lalu bahawa perjanjian penyelesaian dengan IPIC ialah jalan untuk menyelesaikan masalah.

Saya telah beberapa kali meminta kerajaan untuk mendedahkan kedua-dua perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan tahun 2017 jika benar-benar mahu menegakkan keadilan kepada saya dan rakyat tetapi kerajaan PH masih lagi membisu. Kenapa?

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adakah peranan Menteri KPM didik Rakyat MENIPU? Inilah Pendidikan PERCUMA itu - Najib"

Posting Komentar