Loading...

DAP AKAN NAFI SOSIALIS

Loading...
DAH LAMA FAHAM SIAPA BERFAHAMAN SOSIALIS DI NEGARA INI NAMUN RAKYAT BUKANNYA AMBIL BERAT BAHAYANYA SOSIALIS ITU.

SEJAK PARTI ITU SERANG AGAMA ISLAM DAN BERMUKA-MUKA DENGAN ISLAM DIANTARA RAKYAT SUDAH FAHAM, NAMUN RAMAI YANG BUAT PEKAK.

DAP BANYAK SEOLAH-OLAH TIDAK SESUAI DENGAN SOSIALIS RAKYAT CINA TAPI ITULAH LAKUNAN YANG BAIK BAGINYA UNTUK SELAMAT

NAMUN RAKYAT DI NEGARA INI TERUS MENJADI BANGANG MENILAI KELAKUAN DAP DAN PIMPINANNYA, 

-Pak Karamu-
 

Tolak pingat kebesaran: DAP parti sosialis!

AddThis Sharing Buttons

 Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU – DAP dilihat sebagai parti yang bersifat sosialis apabila bertindak menolak pengurniaan pingat dan darjah kebesaran dari istana.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata tindakan pemimpin parti itu yang mengeluarkan pendapat berbeza mengenai perkara tersebut membuktikan DAP sebenarnya tidak konsisten dengan peraturan yang telah ditetapkan.

“Itulah sikap sosialis, sebab itu kita bagi tahu awal-awal lagi DAP ini parti sosialis, jadi memang tidak boleh masuk dengan sistem monarki dan semua ini. Dia ada pemikiran dia sendiri. DAP tidak konsisten antara mereka (pemimpin),” katanya kepada media di sini.

Menurutnya, pengurniaan bintang dan pingat adalah hak istimewa Sultan dan Yang Dipertuan Besar Negeri dan kita tidak sepatutnya mempertikaikan, sama ada terima atau tidak, itu adalah perkara yang berlainan.

Katanya, pengurniaan tersebut perlu dihormati kerana ia dianugerahkan daripada Sultan kepada seseorang hasil sumbangan individu tersebut.

“Kita tidak mahu terima tidak mengapa, (tapi) hormatlah Sultan. Itu caranya. Adat kena jaga dengan sultan,”katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan sebelum ini didakwa memberitahu penolakan tersebut bukan kerana tidak menghargai penghargaan yang diberikan.

Namun baginya, penghargaan yang paling penting bagi seseorang individu yang bergelar wakil rakyat adalah bila pemimpin itu mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyatnya.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DAP AKAN NAFI SOSIALIS"

Posting Komentar