Loading...

Isu LIWAT di Singapura: Polis akan panggil Anwar beri keterangan

Loading...


PORT DICKSON, 5 Okt (Bernama) – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memberi keterangan kepada polis dalam masa terdekat berhubung dakwaan Ketua Umum PKR itu disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terbabit dalam kes liwat di negara itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, DSP Mohd Faisal Mohd Noor berkata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson itu sepatutnya memberi keterangan semalam selepas dimaklumkan kepada pembantu peribadinya.

Bagaimanapun, katanya, sesi mengambil keterangan ditangguh kerana Anwar sibuk dengan jadual kempennya yang padat. (boleh pulak ikut dia...)

"Kami masih menunggu masa sesuai untuk Anwar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau pegawai penyiasat yang akan menemui beliau untuk mengambil keterangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Faisal berkata setakat ini mereka telah merekodkan keterangan daripada empat individu termasuk pengadu iaitu Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, yang membuat laporan polis berhubung berita palsu berkenaan, Isnin lalu. - BERNAMA
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu LIWAT di Singapura: Polis akan panggil Anwar beri keterangan"

Posting Komentar