Loading...

Kejutan Buat Rafizi Ramli

Loading...
Kejutan Buat Rafizi Ramli. Penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kembali mendahului persaingan kerusi nombor dua parti itu selepas menang besar dalam pusingan terakhir pemilihan peringkat Selangor.

Menurut keputusan tidak rasmi, Azmin mendapat 4,138 undi berbanding pesaingnya Rafizi Ramli dengan 2,097 undi, di lima cabang di Selangor yang mengundi hari ini.

Kejutan Buat Rafizi Ramli. Lima cabang itu adalah Tanjong Karang, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat. Pengundian di cabang Kuala Selangor ditangguhkan susulan masalah teknikal.

Ia bermakna Azmin mendapat 66.37 peratus undi, Rafizi pula sekadar 33.63 peratus.

Walaupun menang bagi jawatan ketua cabang Pandan, Rafizi tewas di tangan Azmin bagi pengundian timbalan presiden di situ. Beliau menerima 508 undi berbanding Azmin yang menerima 715 undi.

Setakat ini, Azmin mendapat 59.64 peratus undi (atau 18,453 undi) di Selangor manakala Rafizi mendapat 40.36 peratus undi (atau 15,045 undi).


Kejutan Buat Rafizi Ramli


Bagi undi seluruh negara, Azmin mendahului dengan 45,347 undi berbanding Rafizi (43,785 undi).

Rafizi mendahului seketika semalam selepas menang besar di Perak tetapi kembali di belakang selepas kemenangan Azmin hari ini.

Kejutan Buat Rafizi Ramli. Semalam, Rafizi mendapat kelebihan 2,341 undi selepas menang 61 peratus undi di Perak, atau 6,700 undi berbanding Azmin yang mendapat 4,359 undi (39 peratus). - malaysiakini




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kejutan Buat Rafizi Ramli"

Posting Komentar