Loading...
PRK Port Dickson : Ini Penjelasan Dari Anwar Ibrahim. Calon PKR Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihati Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mencari kaedah lain mengkritiknya, berbanding memanjangkan isu liwat.
Bercakap dalam sidang akhbar di pusat operasi PKR, katanya, beliau menerima tuduhan palsu itu selama 20 tahun lalu. “(Saya fikir) itu sudah cukup,” katanya.
Beliau berkata jika Lokman mahu meneruskan tuduhan terhadapnya, beliau harus “mencari idea baru”.
PRK Port Dickson : Ini Penjelasan Dari Anwar Ibrahim. “Penafian telah dibuat. Jika dia masih mempunyai moral, dia akan membuat permohonan maaf.”
Semalam Lokman dilaporkan menuduh Anwar meliwat seorang pelajar Indonesia di Singapura, baru-baru ini. Lokman berkata perkara itu dilaporkan portal berita, Mediacorp News.
Bagaimanapun, portal tersebut menafikannya dan Lokman memadamkan tuduhan itu di Facebooknya.
Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu.
“Saya membuat laporan ini kerana ia adalah perkara yang sangat buruk untuk dilakukan,” katanya. “Saya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kerana dia (Lokman) seolah-olah akan membuat lebih banyak kenyataan seperti ini.”
PRK Port Dickson : Ini Penjelasan Dari Anwar Ibrahim
Apabila ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan terhadap Lokman, Fahmi berkata ia akan menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.
“Pihak yang perlu mengambil tindakan terhadap Lokman ialah Mediacorp,” katanya. “Ia merupakan tuduhan liar oleh Umno yang tidak mahu bertanding kerana mereka terlalu takut.”
Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketiadaan pemimpin PKR di Port Dickson, Anwar berkata beliau memberitahu agar pemimpin parti tidak melupakan tanggungjawab mereka untuk menjadi sebahagian daripada pilihan raya.
“Saya menasihati mereka, walaupun mereka sibuk dengan pemilihan parti sekarang, mereka tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab mereka kepada parti dan calon dalam tempoh kempen pilihan raya.”
Beliau juga menjawab soalan mengenai PAS, yang baru-baru ini menuduhnya tidak konsisten dalam pandangan agama, mengatakan presidennya Abdul Hadi sendiri harus konsisten dalam kenyataannya.
“Semasa era Pakatan Rakyat, elok saja saya melawat kuil India. Mengapa saya tidak boleh lakukannya sekarang?
“PAS pun mengikut saya ke kuil. Saya tidak melihat apa-apa yang salah dengannya kerana saya tidak sembahyang dengan mereka atau menemani mereka dalam sembahyang mereka,” katanya.
Mengenai projek hotel 5 bintang yang akan dibina di Port Dickson, Anwar berkata ia akan dibina di tapak sedia ada.
PRK Port Dickson : Ini Penjelasan Dari Anwar Ibrahim
Katanya, beliau menerima cadangan mengenai hartanah sedia ada yang sebahagiannya selesai atau ditinggalkan. Ini, katanya, akan dirujuk kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan.
“Ada yang dikendalikan pihak swasta dan ada yang dikendalikan kerajaan. Terdapat 3 cadangan. Tetapi ini mesti dilihat secara lebih komprehensif. Mereka akan melakukannya jika mereka melihat terdapat komitmen untuk membina dan mempromosikan Port Dickson.”
Anwar, yang juga presiden PKR yang dipilih, mengumumkan projek hotel itu semalam, mengatakan ia adalah sebahagian daripada usaha pelancongan dengan pemaju swasta.
Kerusi Port Dickson dikosongkan Ahli Parlimen Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Parlimen.
Danyal, yang juga pesara tentera laut memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 9 Mei dengan 36,225 undi, mengalahkan VS Mogan dari Barisan Nasional (18,515) and Mahfuz Roslan dari PAS (6,594).
PRK Port Dickson : Ini Penjelasan Dari Anwar Ibrahim. Pilihan raya kecil Port Dickson akan menyaksikan pertandingan 7 penjuru antara Anwar dengan Lt Col (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan 4 calon bebas – bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen serta bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - free malaysia today
Iklan
Loading...
0 Response to "PRK Port Dickson : Ini Penjelasan Dari Anwar Ibrahim"
Posting Komentar