Loading...
Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar? Menteri kewangan hari ini menunjukkan bukti kerajaan Kelantan memohon pinjaman pendahuluan RM97 juta, Jun lalu, untuk menampung aliran tunai kerajaan negeri akibat perbelanjaan luar jangka.
Tetapi, Lim Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan hanya meluluskan RM22.5 juta kepada Kelantan untuk membayar gaji kakitangan awam.
“Surat ini menyatakan implikasi ‘shortfall’ akan menyebabkan kerajaan negeri terdedah kepada kelewatan pembayaran gaji kakitangan, termasuk sambilan sebanyak RM24.5 juta sebulan serta bayaran bil-bil melebihi 14 hari.
“Pada asalnya mereka memohon pinjaman bagi pengurusan, termasuk pembayaran gaji sebanyak RM24.5 juta sebulan, tetapi kerajaan hanya luluskan RM22.5 juta kerana kita hendak cepat (beri pinjaman) supaya gaji kakitangan mereka dapat dibayar.
“Ini untuk gaji kita beri dengan segera kerana kita juga mahu lihat adakah ia digunakan dengan baik kerana apabila kita bagi kepada sesiapa yang minta, saya rasa itu bukanlah sesuatu tindakan belanjawan yang berhemat.”
Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar?
Lim juga kesal dengan tindakan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang mendakwanya anti-Melayu dan anti-Islam, susulan kenyataan kerajaan negeri tidak mampu membayar gaji penjawat awam.
“Sampai hati mereka kata saya anti-Melayu dan anti-Islam. Bila saya sebut fakta dan angka dan kerajaan persekutuan telah menghulurkan bantuan, kenapa pula timbul soal agama dan kaum?”
Isnin lalu, Dewan Rakyat kecoh dengan dakwaan Lim yang Kelantan tidak mampu membayar gaji penjawat awam.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, sama ada Kelantan, Terengganu dan Pahang boleh meneruskan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sendiri, jika kerajaan persekutuan memutuskan untuk membatalkan projek itu.
“Berkenaan Kelantan, Terengganu ingin ambil alih jika (kerajaan batalkan projek ECRL) saya tunggu surat jika mereka mahu berbuat demikian.
“Saya fikir macam mana Kelantan mampu buat bila gaji perkhidmatan awam tak boleh bayar,” kata Lim kelmarin yang dibantah beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional dan PAS dengan memintanya menarik balik kenyataan itu.
Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar?
Semalam, Lim dilaporkan berkata, Kelantan menerima RM398 juta daripada kerajaan persekutuan seperti negeri lain, pada 2016.
Jumlah itu termasuk pemberian defisit sebanyak RM59.9 juta kerana hasil kerajaan Kelantan tidak cukup menampung perbelanjaannya, termasuk gaji dan emolumen, selain dana tambahan RM100 juta sebagai pinjaman pendahuluan.
Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar? Sehingga 31 Disember 2017, kerajaan Kelantan belum membayar balik pinjaman pendahuluan sebanyak RM388 juta, menjadikannya penghutang terbesar pinjaman pendahuluan. - free malaysia today
Iklan
Loading...
0 Response to "Rahsia Kerajaan Kelantan Terbongkar?"
Posting Komentar