Ahad, 14 Oktober 2018
Penyanyi Saleem dilaporkan telah meninggal dunia pagi ini.
Saleem, 56, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.15 pagi tadi, di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.
Menurut Harian Metro, khabar dukacita itu disahkan oleh isteri Saleem, Juriah@JuliaBachok.
Saleem atau nama sebenarnya Am Saleem Abd Majeed dirawat di hospital itu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 20 September lalu.
Dalam kejadian di Lebuhraya Grand Saga itu, vokalis kumpulan Iklim itu yang sedang menaiki motosikal dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang yang mengakibatkan sembilan tulang rusuknya patah, dengan satu daripadanya mencederakan paru-parunya.
Menurut Berita Harian, jenazah Saleem akan dibawa ke Surau As-Syakirin Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Bersama-sama Iklim, Saleem mencipta nama sejak tahun 1990-an dengan lagu-lagu popular seperti Suci Dalam Debu, Bukan Ku Tak Sudi dan Selamat Tinggal Penderitaan.
Mk.
Related Posts :
[Video Hebat, Sri Mulyani Menjadi Menteri Terbaik di Dunia] Kalau beginilah, makanya MACAM BUMI DENGAN LANGIT.Isnin, 19 Februari 2018
MACAM BUMI DENGAN LANGIT
World's Best Finance Minister
Jika Tun tidak berundur, terus sebagai PM, negara mamp… Read More...
AKHIRNYA ABDUL HADI AKUR KEWUJUDAN AMANAH ADALAH IJTIHAD
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Kata Abdul Hadi, “Amanah adalah ijtihad yang salah hasil daripada campur tangan pihak lu… Read More...
Siapa Pencipta Permainan Video Pertama Di Dunia?Pasti anda semua pernah dengar permainan legenda seperti Super Mario, Contra, Super Tank, Street Fighter dan bermacam-macam lagi dan sekaran… Read More...
[Video Kehebatan Tun M Satukan Parti Pembangkang Lawan Kleptokrat & 'Dia tu' memang penipu besar] Zam-Pergi MAMPUSLAH Umno! Sangat tidak logik Umno seluruh negara tidak terhumban kali ini.Isnin, 19 Februari 2018
ISU APA SANGAT PEMBANGKANG AKAN DITOLAK RAKYAT, DOSA MANA UNTUK RAKYAT MARAH..
Pembangkang kalau tak ada kel… Read More...
KENYATAAN YANG TIDAK ADA SUBSTANCE
Lebai Marang semakin meracau. Dia marahkan AMANAH sebab AMANAH bertanding ditempat-tempat yang Pas nak lawan Umno... Memanglah AMAN… Read More...
0 Response to "Saleem Iklim meninggal dunia."
Posting Komentar