Loading...

[Video Lim Guan Eng Sebak Pemergian SALEEM IKLIM] Batal kontrak tingkap kalis peluru Kementerian Kewangan zaman Najib...TINGKAP di tiga tingkat paling atas sahaja RM7 JUTA? Ai yak membazirnya!

Loading...
15 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Sampai gitu sekali Najib ketika berkuasa dahulu nak bazirkan wang rakyat semata2 nak pasang tingkap kalis peluru di tiga tingkat paling atas Kementerian Kewangan di Putrajaya itu UNTUK APA ??!

TINGKAP SAJA RM7 JUTA ??!.. Nasib baik tak 90 juta.

Ada hikmahnya BN tumbang PRU14.. klu tak..
Batal kontrak tingkap kalis peluru Kementerian Kewangan zaman Najib.
Bangunan Kementerian Kewangan tersergam indah di Persiaran Perdana, Presint 2 di Putrajaya. — Paparan skrin Google
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Kerajaan baru Pakatan Harapan membatalkan projek menukar tingkap kaca kalis peluru di tiga tingkat paling atas Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata keputusan dibuat kerana projek bernilai RM7 juta itu membazir wang negara dan berlebihan, lapor Malaysiakini.
“RM7 juta untuk kaca kalis peluru, beginilah cara mereka membazirkan wang,” katanya, merujuk pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tewas dalam pilihan raya Mei lalu.
Dengan nada berseloroh dalam wawancara dengan portal itu, Lim berkata terdapat “cara lebih mudah untuk bunuh saya, daripada menggunakan penembak hendap.”
Tiga aras teratas kementerian itu, sewaktu menterinya Datuk Seri Najib Razak, dilaporkan menempatkan timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan di tingkat 10.
Tingkat 11 pula menempatkan pegawai-pegawai menteri kewangan dan timbalan menteri, manakala 12 untuk bilik mesyuarat.
Laporan portal itu tidak menyebut berapa keping tingkap yang mahu ditukar dengan kaca kalis peluru.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video Lim Guan Eng Sebak Pemergian SALEEM IKLIM] Batal kontrak tingkap kalis peluru Kementerian Kewangan zaman Najib...TINGKAP di tiga tingkat paling atas sahaja RM7 JUTA? Ai yak membazirnya!"

Posting Komentar