Loading...
Polis mengerahkan dua unit Pasukan Tempur Ringan (LSF) antirusuhan sekitar 12.50 pagi ini.
Separuh daripada 80 individu dalam yang berkumpul di sekitar kuil bersurai, namun selebihnya masih berada di kawasan tersebut.
Polis kemudian memberi amaran terakhir dan memaklumkan akan membuat tangkapan sekiranya mereka terus enggan bersurai.
Akhirnya polis bergerak untuk membuat tangkapan dengan pasukan LSF mengambil kedudukan bersiap sedia.
Beberapa individu yang berjaya melarikan diri berundur ke stesen minyak berhampiran dan mula menjerit ke arah polis.
"Orang Melayu nak tangkap!" jerit salah seorang dari kumpulan yang berada di stesen minyak berkenaan.
Polis kemudian bergerak ke stesen minyak itu dan mengepung sebuah kenderaan Myvi putih yang dilihat dinaiki beberapa individu daripada kumpulan itu. Polis bagaimanapun gagal menahan kereta itu.
Operasi tangkapan berlangsung kira-kira 20 minit.
Kumpulan itu berkumpul di jalan berhampiran kira-kira 50 meter dari kuil yang dipisahkan Lebuhraya LDP.
Mereka menjelaskan bahawa kehadiran mereka bukan untuk mencetuskan kekacauan.
"Kita datang sini bukan nak serang kuil, tempat orang sembahyang. Tidak. Kita datang sini nak tunjuk betapa kita orang Melayu semua, jangan pijak orang Melayu. Jangan pijak kita, jangan paksa kita. Itu saja.
"Kita nak tunjuk pada mereka. Mereka pukul orang awam, kita tidak akan pukul orang awam, kita tak akan serang. Kita ada akal.
Loading...
0 Response to "[2 VIDEO, 4 GAMBAR] 9 individu ditangkap berhampiran kuil Seafield mlam tadi"
Posting Komentar