Loading...
KUALA LUMPUR: Sejumlah 56,680 saman bagi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) telah dikeluarkan sejak operasi itu diambil alih Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ pada 1 September lepas.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar berkata daripada jumlah itu 52,846 daripadanya adalah saman bagi kesalahan melebihi had laju dan 38,344 tidak mematuhi lampu isyarat.
AWAS dahulunya lebih dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“Bagaimanapun jumlah pesalah trafik yang membayar saman mereka akan rendah, ia sangat menyedihkan,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kamrudin berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menggantikan kamera AES pada tempat ‘kawasan panas’.
Mengulas mengenai itu katanya ia akan diputuskan berdasarkan saranan dan selepas dialog yang dibuat dengan pelbagai agensi dibawah kementerian
Kamarudin juga memberikan amaran kepada pesalah trafik supaya membayar saman AWAS mereka atau berdepan dengan tindakan senarai hitam.
Sementara itu Kamarudin berkata kerajaan masih belum memuktamadkan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT sebagai kos pengambilalihan dua syarikat bagi proses AES.
Beliau berkata perbincangan masih dilakukan dengan pihak berkaitan berhubung isu tersebut susulan pembatalan perjanjian dan pampasan yang dikemukakan. - Astro awani
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar berkata daripada jumlah itu 52,846 daripadanya adalah saman bagi kesalahan melebihi had laju dan 38,344 tidak mematuhi lampu isyarat.
AWAS dahulunya lebih dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Kamrudin berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menggantikan kamera AES pada tempat ‘kawasan panas’.
Mengulas mengenai itu katanya ia akan diputuskan berdasarkan saranan dan selepas dialog yang dibuat dengan pelbagai agensi dibawah kementerian
Kamarudin juga memberikan amaran kepada pesalah trafik supaya membayar saman AWAS mereka atau berdepan dengan tindakan senarai hitam.
Sementara itu Kamarudin berkata kerajaan masih belum memuktamadkan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT sebagai kos pengambilalihan dua syarikat bagi proses AES.
Beliau berkata perbincangan masih dilakukan dengan pihak berkaitan berhubung isu tersebut susulan pembatalan perjanjian dan pampasan yang dikemukakan. - Astro awani
Loading...
0 Response to "Baru 2 Bulan, Kerajaan PH sudah keluarkan SAMAN AES 56,680"
Posting Komentar