Loading...
DOJ Bongkar Lagi. Kek. Itu adalah kod atau kata rahsia yang digunakan oleh ahli perniagaan Jho Low untuk menggambarkan rasuah kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1), menurut Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.
Dalam dokumen pertuduhannya mengenai urusan tokoh perbankan Goldman Sachs dengan Jho Low, DOJ mendakwa bahawa eksekutif Goldman, Tim Leissner, berusaha untuk mendapatkan peranan dalam tawaran awam permulaan (IPO) syarikat aset tenaga 1MDB.
"Beberapa bulan selepas perbualan itu, akaun bank yang dimiliki dan dikawal oleh Leissner dan saudaranya digunakan untuk memindahkan kira-kira AS$4.1 juta kepada seorang tukang perhiasan New York, sebahagiannya, untuk membayar barangan kemas untuk isteri MO1," katanya.
Dokumen mahkamah selanjutnya menyatakan: "Pada atau sekitar 2 Jun 2014, ... Jho Low selaku defenden melalui perbincangan secara elektronik, usaha untuk mendapatkan kedudukan untuk US Financial Institution #1 dalam IPO tenaga 1MDB, termasuk keperluan 'mengampu' 1MDB Official #2 dan menghantar 'kek', merujuk kepada rasuah, kepada 'puan bos'.
"Dalam surat e-mel yang terdahulu, defendan Ng, Low dan Co-conspirator #1 merujuk isteri MO1 sebagai ‘puan’ atau 'madam'."
DOJ Bongkar Lagi
Jho Low didakwa meminta wang untuk dipindahkan dari akaun lahu terus ke akaun syarikat lain yang ditubuhkan di British Virgin Islands supaya konspirator boleh "settle madam cakes 2" atau "menyelesaikan kek kedua puan".
MO1 telah dikenal pasti sebagai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menyifatkan kek sebagai rasuah bukan kali pertama Jho Low dilaporkan menggunakan makanan sebagai kod atau kata rahsianya.
Menurut Wall Street Journal, ahli perniagaan yang menjadi buruan itu sebelum ini melabelkan AS$ 681 juta yang dialihkan dari 1MDB ke akaun Najib sebagai "681 pai Amerika".
Najib bertegas bahawa wang AS$681 juta adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi, yang mana AS$620 juta sudah dikembalikan.
Walau bagaimanapun, DOJ mendakwa bahawa dana itu berasal dan dikembalikan kepada akaun yang dikawal oleh Low.
DOJ Bongkar Lagi
DOJ mendakwa bahawa sebahagian daripada dana yang kembali kemudiannya digunakan untuk membeli kalung berlian merah jambu berharga AS$27 juta - yang juga disebut dalam dokumen pertuduhan terhadap Jho Low dan Goldman - untuk isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor .
Ia menyatakan bahawa pada bulan September 2013, "atas permintaan Low", pereka barangan kemas New York bertemu dengan Low, MO1 dan isteri MO1 di sebuah hotel di New York "untuk mempamerkan kalung berlian merah jambu yang direka khas untuk isteri MO1".
DOJ menambah: "Kira-kira tiga minggu kemudian, kalung berlian merah jambu itu dibeli dengan menggunakan dana kira-kira $27.3 juta yang dihantar dari sebuah syarikat lahu yang dimiliki dan dikuasai oleh Low dan rakan-rakan subahatnya."
DOJ Bongkar Lagi. Najib, dalam temu bual dengan Al-Jazeera minggu lalu, berkata berlian merah jambu itu adalah hadiah dari Timbalan Perdana Menteri UAE Putera Sheikh Mansour Zayed, tetapi Rosmah tidak menerimanya.
Lihat dokumen di SINI.
Loading...
0 Response to "DOJ Bongkar Lagi"
Posting Komentar